YAM Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Tengku Meriam YDH Dato’ Sri Mohamad Toufic Al-Ozeir
YM Tengku Dato’ Indera Nurul Kamalia Tengku Besar Tengku Kamil Ismail YH Dato’ Ahmad Najmi
YM Puteri Nadra Raniya
YM Puteri Shakira Nurjenna
YM Tengku Dato’ Indera Madina Kamalia Tengku Besar Tengku Kamil Ismail
YM Tengku Dato’ Indera Madihah Shahzan Kamilah Tengku Besar Tengku Kamil Ismail
YHM Dato’ Setia Pahlawan Tengku Dato’ Indera Aidy Ahmad Shah Tengku Besar Tengku Kamil Ismail YBhg. To' Puan Setia Datin Indera Mai Nurliyana Meyor Hamdan
YM Tengku Abdullah Amir Ahmad Shah
YM Puteri Noor Afzan Mohamad Al Ozeir
YAM Tengku Puteri Seri Teja Tengku Muhaini YABhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi Buang TUDM
YM Dato’ Indera Puteri Munawarah Syammiyah Munir
YM Dato’ Indera Tun Putera Matin Ahmad Shah Munir YBhg. Datin Indera Aida Rakhimova
YM Tun Putera Miran Shah
YM Dato’ Indera Tun Putera Muhammad Abu Bakar Munir
YM Dato’ Indera Tun Putera Abdul Mubin Shah Munir YBhg. Datin Indera Saskia Natrah Schwarz
YAM Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Aishah
YM Dato’ Indera Tunku Syazwan Kaiyisah YH Dato’ Wan Putera Shahril
YM Tun Putera Shakeel Abdullah Shah
YM Tun Putera Khyrie Ahmad Shah
YM Tun Putera Ahmad Aizuddin Shah
YM Puteri Afzan Shakira Nabila YBhg. Encik Khairul Fahmy
YM Khaira Alayna
YAM Tengku Puteri Seri Lela Manja Tengku Nong Fatimah
Yang Amat Berbahagia Che Puan Julia binti Abdul Rais (lahir 19 Februari 1971) merupakan seorang bekas pelakon wanita Malaysia berwajah Pan-Asian dan berdarah kacukan Melayu-Inggeris yang terkenal pada era awal 1990-an serta mula mencipta populariti pada lewat tahun 1980-an.[1]
Kehidupan awal
Julia Rais dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 19 Februari 1971 menerusi perkahwinan kedua bapa beliau, Abdul Rais Yeop, yang juga bekas Ahli Lembaga Pengarah Sri Jaya Kenderaan. Beliau mempunyai darah kacukan Inggeris di sebelah ibunya serta Melayu di sebelah bapanya.
Beliau dahulunya menetap di Damansara Jaya bersama bapa dan ibu tirinya, (Allahyarhamah) Zaedahtul-Laily @ Lily binti Ibrahim. Beliau juga merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail pada tahun 1984 hingga 1988.[2][3]
Beliau mempunyai seorang kakak, (Allahyarhamah) Zalina Rais, kakak tiri, Fazlyn binti Abdul Malek dan abang tiri, Mohd Rafiza bin Abdul Rais hasil daripada perkahwinan isteri pertama bapanya iaitu Rafeah Meor Hasan. Beliau juga dikatakan mempunyai perhubungan tali persaudaraan sebagai sepupu kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SeriMohd Nazri Aziz dan sepupu tiri kepada pelakon Juliana binti Ibrahim.[2]
Kerjaya
Pada tahun 1980-an, fenomena fesyen, wajah dan nama dari duniaBarat sering menjadi keinginan masyarakat Malaysia pada waktu itu, terutamanya pelakon yang berwajah kacukan Eropah atau dipanggil pan-Asian yang sentiasa menghiasi dunia lakonan Malaysia sehingga kini.
Julia Rais mula memasuki bidang lakonan pada lewat tahun 1980-an dengan permulaan kerjaya beliau sebagai pelakoniklan di televisyen iaitu salah sebuah produk P&G, Rejoice. Setelah itu, beliau memasuki era lakonan dalam video klip dan menjadi watak Isabella dalam video klip kumpulan Search yang dikatakan sesuai dengan wajahnya seperti orang Barat. Dilihat pakej wajah dan bakat yang dikesan melalui video klip dan iklan, beliau mudah diterima masyarakat dan kebanyakan syarikat produksi mula menawarkan beliau untuk berlakon dalam beberapa cereka filem.[2]
Selepas majlis perkahwinannya, beliau dikurniakan gelaran Che Puan iaitu gelaran yang diberikan kepada isteri kerabat diraja yang berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa) dengan panggilan hormat Yang Amat Berbahagia.
Baginda suaminya, Sultan Abdullah menggantikan paduka ayahandanya sebagai Sultan Pahang moden yang ke-6 pada 15 Januari 2019. Seterusnya, baginda juga telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 24 Januari 2019 oleh ahli Majlis Raja-Raja.
Julia dan Sultan Abdullah dikurniakan tiga anak perempuan:
Yang Amat MuliaTengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan (lahir pada 11 November 1992) berkahwin dengan Yang Mulia Tengku Abu Bakar Ahmad bin Almarhum Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah:
Yang Mulia Tengku Zayn Edin Shah (lahir pada 23 Julai 2019)
Yang Mulia Tengku Aleya Norlini (dilahirkan pada 2 Februari 2022)
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera (lahir pada 1 Oktober 1993)
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana (lahir pada 20 April 1997)
Pada tahun 1991 sewaktu acara Festival Filem Malaysia ke-9 dianjurkan, beliau telah menggondol Anugerah Bintang Harapan melalui watak tambahan yang dipegang beliau dalam filem cereka cinta yang juga memenangi anugerah Filem Terbaik iaitu Hati Bukan Kristal. Pada majlis yang sama beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Mira Edora.
Perkembangan terkini
Selepas muncul dalam filem Suci Dalam Debu, beliau dikatakan menyepikan diri dari dunia lakonan. Tetapi setelah bertahun-tahun lamanya, beliau khabarnya telah berkahwin dengan seorang kerabat diraja Pahang dan kini menetap di Britain dengan ibu kandungnya yang merupakan warganegara British.[4]
Panggilan dan gelaran
Gelaran hormat bagi Che Puan Julia binti Abdul Rais