Jalan Klang Lama atau Old Klang Road, Laluan Persekutuan LP 2 adalah jalan utama yang pertama dan yang tertua di Lembah Klang, Malaysia sebelum Lebuhraya Persekutuan telah dibina pada tahun 1965. Jalan raya telah dibina oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dari 1956 ke 1959. Jalan ini telah dibuka pada 14 Januari 1959 oleh Kementerian Kerja Raya, Sardon Jubir. Jalan melalui dua pekan iaitu Sungei Way dan Petaling Jaya.
Sejarah
Highway Kuala Lumpur-Klang FT2 dibuka kepada lalu lintas pada 14 Januari 1959.[1] Lebuh raya ini bertujuan sebagai pengganti sistem jalan raya sedia ada yang dikenali sebagai Jalan Klang Lama, Persiaran Selangor, Jalan Sungai Rasau dan Jalan Batu Tiga Lama, membolehkan kelajuan sehingga 60 mph.[2] Hasilnya, Jalan Klang Lama telah diturunkan kepada Jalan Negeri Selangor B14. Lebuhraya Kuala Lumpur-Klang FT2 kemudiannya dinaik taraf menjadi sebuah lebuh raya capaian terkawal dengan menggantikan persilangan searas dengan persimpangan yang dipisahkan, menjadikannya lebuh raya capaian terkawal pertama di negara ini.[3] Lebuh raya capaian terkawal yang dinaik taraf kini dikenali sebagai Laluan Persekutuan Malaysia 2.
Mercu tanda
Senarai persimpangan
Lihat juga
Rujukan