Kerja-kerja pembinaan lebuh raya lingkaran ini terbahagi kepada 3 fasa, iaitu Sri Damansara-Kepong-Gombak, Gombak-Ulu Klang-Ampang dan Ampang-Cheras-Sri Petaling.
Kerja-kerja Fasa 1 dimulakan pada tahun 1996 oleh Jabatan Kerja Raya dengan Bumi Hiway Sdn. Bhd. sebagai kontraktor utama. Fasa 2 pula bermula pada 1998 dengan Sukmin Sdn Bhd. sebagai kontroktor utama.
Laluan perintis
Pembinaan MRR2 turut melibatkan pengambil alihan serta kerja naik taraf beberapa laluan perintis berikut:-
Pada tahun 2004, penduduk di Kepong menyuarakan keresahan mereka berikutan terdapat rekahan pada 31 daripada 33 tiang Jejambat Kepong. Jumlah rekahan tersebut dilaporkan dikesan sehingga melebihi 7000 rekahan pada beberapa buah tiang. Kerisauan timbul memandangkan jejambat tersebut digunakan oleh lebih 4,300 kenderaan pada satu-satu masa. 4 daripada 6 lorong jejambat tersebut ditutup sementara tiang-tiang tersebut diperbaiki.
Pada 4 Februari2006, Jejambat Kepong ditutup terus kepada lalu lintas apabila kerosakan serius didapati pada jejambat itu sendiri, mengakibatkan kesesakan jalan raya yang sangat teruk sepanjang laluan jalan susur Jejambat Kepong (lihat gambar). Jejambat itu akhirnya dibuka semula kepada lalu lintas pada 8 Disember2006.
Pada pagi 3 Ogos2008, Jejambat Kepong ditutup buat kali ketiga kepada semua lalu lintas selepas rekahan dijumpai di Tiang 28. 4 lorong tengah bagaimanapun dibuka semula pada petang hari yang sama[1].