Pengasas wangsa Ilkhanat ialah Hulagu Khan, cucu Genghis Khan. Ketika beliau mengambil alih tampuk pemerintahan Parsi daripada Baiju pada tahun 1255 atau 1256, beliau telah pun memerintah kerajaan-kerajaan Islam di sebelah barat Timur Tengah. Kemaraan beliau ketika itu terhenti di Palestin. Di sana, beliau berhadapan dengan tentera Mamluk dari Mesir.
Pada tahun 1243, tentera Mongol berjaya menawan Anatolia daripada Turki Seljuk. Kesultanan Rom Turki Seljuk pula menjadi negeri naungan kerajaan MongolIlkhanat. Pendudukan tentera Mongol ini menyebabkan suku Turkmen melarikan diri ke barat untuk menghindari etnik Mongol. Maka, pelarian melahirkan empayar Turki Uthmaniyah. Hulagu Khan kemudiannya kembali ke bumi Parsi dan mendirikan dinasti beliau.
Ilkhanat Awal
Maksud Ilkhan ialah "subordinat Khan" dan merujuk kepada perbezaannya dengan KhaganMongke, pemerintah Empayar Mongolia. Maka raja-raja Ilkhanat berdaulat sepenuhnya di empayar mereka dan tidak diperintah oleh Khagan. Keturunan Hulagu meneruskan pemerintahan mereka di Parsi selama lapan puluh tahun. Pegangan agama pula bermula dengan agama-agama dukun, diikuti dengan Buddha dan akhirnya Islam. Namun begitu, Ilkahanat tetap bermusuhan dengan kerajaan Mamluk yang telah berjaya mengalahkan tentera Mongol dan tentera salib. Tentera Ilkhanat pula tidak pernah berjaya menawan jajahan-jajahan Mamluk menyebabkan Ilkhanat terpaksa melupakan niat mereka untuk menawan Syria dan kubu kuat mereka di Kesultanan Rom dan kerajaan Armenia di Cilicia. Kegagalan mereka adalah kerana pertempuran mereka dengan Chagatai Khanat di Mughulistan dan Angkatan Kencana di Kaukasus dan Mawaraun Nahar atau Fararud (sekitar Uzbekistan). Walaupun di bawah pemerintahan Hulagu Khan, Ilkhanat tetap bertempur dengan tentera Mongolia di Rusia.
Pemelukan Islam
ketika era Hulagu Khan, kerajaan Ilkhanat ialah sebuah kerajaan BuddhaTibet yang majoriti penduduknya beragama Islam. Hasil usaha Rashiddin, wazir Ilkhanat ketika itu, raja Ilkhanat, Ghazan Khan, memeluk Islam dan memakai nama Mahmud Ghazan. Islam sekali lagi naik di Parsi.
Perpecahan
Selepas kewafatan Abu Said pada tahun 1335, empayar Ilkhanat mula berpecah belah dengan pantasnya dan akhirnya membentuk negeri-negeri kecil yang bersaing sesama mereka, terutamanya negeri Jalayiriyah. Namun begitu, tinggalan tentera Mongol di bawah pimpinan Timurlang yang berbangsa Turki, menyatukan bekas jajahan Ilkhanat ini dan membentuk Wangsa Timuriyah.