Hulagu Khan

Hulagu
Khan
Hulagu bersama Ratu Kerait Doquz Khatun
Pemerintahan1256– 8 Februari 1265
DimakamkanPulau Shahi, Tasik Urmia
PenggantiAbaqa Khan
PermaisuriDokuz Khatun
Kerabat dirajaBorjigin
AyahandaTolui
BondaSorghaghtani Beki

Hulagu Khan, juga dikenali sebagai Hulagu, Hülegü atau Hulegu (Bahasa Mongolia: Хүлэгү, Khülegü; Chagatai/Parsi: ہلاکو - Halaku; Arab:هولاكو; c. 1217 – 8 Februari 1265), ialah anak lelaki kepada Tolui dan Sorghaghtani Beki seorang wanita Nasrani. Beliau juga merupakan cucu kepada Genghis Khan dan saudara lelaki kepada Ariq Böke, Möngke Khan, dan Kublai Khan. Beliau adalah individu yang bertanggungjawab dalam penaklukan Parsi, dan menamatkan pemerintahan Bani Abbasiyah di Baghdad. Beliau juga mengasaskan kerajaan Ilkhanate di Parsi. Selepas menguasai Aleppo dan Damsyik, tenteranya maju namun ditewaskan oleh Mamluk di Mesir pada tahun 1260.

Semasa memerintah beliau berjaya menakluk banyak wilayah di Asia Barat Daya atau yang sekarang lebih dikenal dengan Timur Tengah, dengan diikuti oleh kekejaman yang luar biasa pada setiap daerah yang ditaklukkannya termasuk menghancurkan kota Baghdad yang pada saat itu terkenal sebagai pusat kebudayaan dan ilmu pengetahun dunia pada tahun 1258 yang diikuti oleh pembantaian besar-besaran penduduk yang tinggal di sana.

Latar Belakang Penyerbuan ke Wilayah Muslim

Pada tahun 1255, Hulagu dikirim oleh saudaranya Mongke, The Great Khan (1251-1258) untuk menakluk wilayah yang dikuasai kaum muslimin Lurs dan Hashashim di Timur Tengah, dan memerintahkan kepadanya agar tidak menghancurkan setiap daerah yang menyerah tetapi sebaliknya membumihanguskan setiap daerah yang memberikan perlawanan.

Hulagu bercadang hendak menakluk wilayah muslim Lurs (di daerah Iran) dan Hashashim kemudian beliau mahu menakluk Kota Abbasiyyah pula di Baghdad, seterusnya mahu menjatuhkan Kerajaan Ayyubi di Syria dan yang terakhir menundukkan Kerajaan Mamluk di Mesir.

Ada beberapa faktor yang mempengaruhi Hulagu untuk menakluki wilayah Muslim dan kejam setiap kali dia berhasil menguasainya iaitu : Ibu Hulagu, istri dan sahabat dekatnya, Kitbuqa termasuk kristian fanatik yang memendam kebencian mendalam terhadap orang muslim. Juga para penasihatnya yang kebanyakannya berasal dari Parsi yang memang berharap dapat membalas dendam di atas kekalahan mereka satu abad sebelumnya ketika Parsi ditakluk oleh pasukan muslim pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab.

Hulagu memulakan ekspedisi peperangannya menuju ke wilayah Lurs dengan membawa pasukan yang mungkin terbesar yang pernah dikerahkan oleh Kerajaan Monggol yg dipimpin oleh panglima yang beragama Kristian, Kitbuqa. Dengan mudah dia dapat menghancurkan Lurs, dimana berita ini rupanya membuatkan penduduk Hashashim merasa takut sehingga mereka menyerah begitu saja tanpa berlawan padahal sebenarnya mereka mempunyai pertahanan benteng Alamut yang sangat kuat dan sulit ditembusi sebelumnya. Dengan tertakluknya dua wilayah ini , keyakinan Hulagu untuk menakluk Baghdad lebih tinggi .

Pertempuran Baghdad

Tentara Mongol yang dipimpinan Hulagu tiba di luar kota Baghdad pada bulan November 1257. Hulagu mengirim utusan kepada khalifah Al-Musta'sim agar menyerah, tetapi khalifah menolak dan memberi peringatan kepada Hulagu bahawa mereka akan dimurkai Allah jika mereka tetap menyerang kerajaan yang dipimpinnya.

Banyak catatan sejarah yang menyebutkan bahawa ini adalah kesalahan dari Khalifah kerana membuat Hulagu marah dan mempunyai alasan untuk membumi hanguskan Baghdad dan membantai warganya padahal khalifah pada waktu itu masih belum sempat untuk menyiapkan serangan, merekrut tentera mahupun memperkuat benteng disekitar Baghdad jadi beliau belum bersedia menghadapi serbuan bangsa Mongol.

Hulagu segera membahagikan pasukannya menjadi dua bahagian besar untuk menyerbu Baghdad iaitu dari Barat dan Timur sungai Tigris. Awalnya pasukan Muslim berhasil mengalahkan serbuan dari barat, tetapi mereka berhasil dikalahkan di pertempuran berikutnya. Serangan bangsa Mongol ini berhasil menyusup ke garis belakang pasukan Muslimin dan mereka tanpa belas kasihan membunuh tentera-tentera Muslimin .

Pada tanggal 29 Januari 1258, kota Baghdad mulai dikepung dibawah pimpinan panglima Monggol , Guo Khan. Pada tanggal 5 Februari, mereka berhasil menguasai benteng disekitar Baghdad. Khalifah berusaha berbincang dengan Hulagu tetapi ditolaknya . Akhirnya pada tanggal 10 Februari, Baghdad secara rasminya dikuasai oleh pihak Mongol .

Pasukan Monggol mulai memasuki kota pada tanggal 13 Januari 1258 , dimana minggu itu merupakan minggu yang sungguh tragis dengan jerit tangis warga kota Baghdad . Penyiksaan , anak gadis diperkosa dan pembakaran terjadi dimana-mana. Bangsa Monggol menghancurkan Masjid, perpustakaan, istana , hospital , dan juga banyak bangunan bersejarah . Perpustakaan Kota Baghdad (saat itu Baghdad terkenal sebagai pusat ilmu pengetahuan dunia) yang penuh dengan buku-buku sejarah, kedoktoran dan astronomi dan lainnya dipunggah dan semuanya dilempar ke sungai Tigris, para saksi mengatakan warna air sungai Tigris berubah menjadi hitam akibat daripada dakwat buku yang dibuang oleh pihak Monggol .

Khalifah Al-Mus'tasim ditangkap dan disuruh melihat rakyatnya yang sedang disembelih dijalan-jalan dan hartanya yang dirampas . Kemudian setelah itu Khalifah dibunuh dengan cara dibungkus dengan permadani dan dipijak dengan kuda sampai mati. Semua anaknya dibunuh kecuali anak perempuannya yang dihantar ke Monggol untuk dijadikan hiburan .

Sejarawan Islam, Abdullah Wassaf mengatakan penyiksaan warga kota Baghdad mencapai beberapa ratus ribu orang. Ian Frazier dari majalah The New York Worker mengatakan jumlah rakyat kota Abbasiyyah yang dibunuh sekitar 200 ribu sampai dengan 1 juta orang.

Setelah kehancuran ini, kota Baghdad tidak pernah lagi menjadi pusat Kebudayaan dan Ilmu Pengetahuan dunia.

Kekalahan Pasukan Hulagu

Pada tahun 1259, Hulagu berjaya menakluk kerajaan Ayyubiyyah di Syria tanpa pertumpahan darah kerana mereka menyerah diri. Fokus Hulagu Khan adalah untuk ke Mesir bagi menakluk kerajaan Mamluk. Akan tetapi khabar akan kematian Mongke membuat Hulagu segera pulang ke Mongolia dan menyerahkan pemerintahan pasukan sepenuhnya kepada Kitbuqa untuk menyerang kerajaan Mamluk di Mesir.

Khalifah Mamluk Saifuddin Qutuz segera mengirim pasukan keluar untuk menghalang dan akhirnya mereka bertemu di Palestin. Terjadilah Pertempuran di Ain Jalut yang terkenal itu dimana Kitbuqa berhasil ditangkap dan dibunuh oleh pasukan Muslim dan pasukan beliau tewas di tangan kaum Muslimin. Peperangan ini dianggap sangat penting kerana setelah itu bangsa Monggol secara bertahap mengalami kemunduran dan bahkan dihalau keluar daripada Syria.

Pasukan Hulagu yang dikirim untuk membalas dendam ekoran kekalahan kepada kerajaan Mamluk sebahagiannya dihalang oleh pasukan Berke Khan, Khan yang menguasai wilayah Rusia dan Caucasus yang sudah memeluk agama Islam dan bersekutu dengan Kerajaan Mamluk dalam menghadapi serbuan balasan ini. Terjadilah perang saudara, yang terkenal dengan sebutan Perang Berke-Hulagu yang berakhir dengan kekalahan muktamad kepada Hulagu. Sebahagian pasukan Hulagu yang lainnya yang berjaya tiba di Syria bertempur dengan pasukan Muslim Mamluk di bawah kepimpinan Baibars dan berhasil dihancurkan juga.

Menurut sejarawan Rashid al-Din, pada saat kota Baghdad jatuh dan mendengar kekejaman Hulagu, sebenarnya Berke Khan sudah mengirim surat kritikan kepada Mongke atas kelakuan Hulagu tetapi dia tidak tahu bahawa Mongke sudah meninggal dunia saat dalam perjalanan ke China. Banyak sejarawan mengatakan banyak jasa yang diberikan oleh Berke Khan sehingga menyelamatkan Timur Tengah dari pembalasan Hulagu.

Perang Saudara

Syiling Hulagu, dengan simbol hare.

Selepas masalah pewarisan diselesaikan dan abang beliau Kublai Khan diangkat menjadi Khan Besar, Hulagu kembali semula ke istana beliau pada tahun 1262. Apabila beliau mengumpulkan tentera beliau untuk menyerang Mamluk dan membalas dendam kekalahan di Ain Jalut, beliau sebaliknya telah terlibat dalam perang saudara dengan saudara lelaki kepada Batu Khan iaitu Berke. Berke Khan, seorang mualaf Muslim, telah berjanji untuk menghukum Hulagu selepas penjarahan beliau ke atas Baghdad dan bersekutu dengan Mamluk. Beliau memulakan beberapa siri serangan ke atas wilayah Hulagu, diketuai oleh Nogai Khan. Hulagu mengalami kekalahan teruk dalam satu cubaan serangan di utara Caucasus pada tahun 1263. Ini merupakan perang terbuka pertama dalam puak Mongol dan menandakan penamat empayar yang bersatu.

Meskipun Berke seorang Muslim, beliau pada mulanya enggan menerima idea untuk melawan Hulagu di sebabkan ikatan persaudaraan Mongol, beliau berkata Mongol dibunuh oleh pedang Mongol. Jika kita bersatu, kita boleh menakluk seluruh dunia. tetapi situasi ekonomi Gerombolan Emas di sebabkan tindakan Ilkhanate menyebabkan beliau mengistiahrkan jihad kerana Ilkhanate meleding kekayaan Iran Utara dan mereka agar Gerombolan Emas tidak menjual hamba kepada Mamluk.[1]

Komunikasi dengan Eropah

Temgha Hulagu.

Hulagu menghantar beberapa komunikasi ke Eropah dalam cubaan untuk mewujudkan sebuah Perikatan Frank-Mongol melawan Muslim. Pada tahun 1262, beliau menghantar setiausaha beliau yang bernama Rychaldus dan duta ke "semua raja dan putera di seberang laut". Duta ini telah dipintas di Sicily oleh Manfred, Raja Sicily, yang mana merupakan sekutu bagi Kesultanan Mamluk dan berkonflik dengan Paus Urban IV, dan Rychaldus telah kembali semula dengan kapal.[2]

Pada 10 April, 1262, Hulagu menghantar sepucuk surat, melalui John si Orang Hungary, kepada Louis IX dari Perancis, menawarkan sebuah perikatan.[3] Ia tidak jelas sama ada surat tersebut diterima oleh Louis IX di Paris — satu-satunya manuskrip yang diperolehi berada di Vienna, Austria.[4] Surat ini menyatakan Hulagu bertujuan untuk menawan Jerusalem untuk faedah Paus dan meminta Louis menghantar armada kapal untuk melawan Mesir:

Daripada ketua tentera Mongol, tidak sabar untuk menghancurkan negara Saracen yang khianat, dengan pertolongan agama Kristian (...) oleh itu anda, yang mana adalah pemerintah pantai di sebelah laut sana, berikhtiar untuk menafikan pelarian kafir, musuh anda dan saya, dengan memerintahkan rakyat anda meronda laut dengan tekun.

— Surat daripada Hulagu kepada Saint Louis.[5]

Di sebalik banyak percubaan, Hulagu dan para pewaris beliau tidak berjaya membentuk sebuah perikatan dengan Eropah, walau bagaimanapun budaya Mongol di Barat merupakan satu ikutan pada kurun ke-13. Ramai bayi yang baru dilahirkan di Itali telah dinamakan bersempena nama pemerintah Mongol, termasuk Hulagu: nama seperti Can Grande ("Khan Besar"), Alaone (Hulagu), Argone (Arghun), dan Cassano (Ghazan) telah direkodkan.[6]

Kematian Hulagu Khan

Pengkebumian Hulagu Khan.

Hulagu Khan meninggal dunia pada tahun 1265 dan dikebumikan di Pulau Shahi di Tasik Urmia. Pengkebumian beliau menyaksikan satu-satunya pengkebumian Ilkhanate yang melibatkan korban manusia.[7] Beliau digantikan oleh anak beliau Abaqa Khan yang tetap meneruskan peperangan dengan Berke.

Legasi

Hulagu Khan membina asas akan penubuhan kerajaan Ilkhanate dan mana melihat kewujudan kerajaan dinasti Safavid dan akhirnya negara moden Iran. Penaklukan Hulagu juga membukan Iran pada pengaruh Eropah di Barat dan China di sebelah timur. Situasi ini dengan naungan daripada para pewaris beliau, telah membangunkan senibina Iran yang cemerlang dan berbeza. Di bawah dinasti Hulagu, para sejarawan Iran mula menulis dalam bahasa Parsi dan bukannya Arab.[8]

Lihat juga

Rujukan

  • Boyle, J.A., (Editor). The Cambridge History of Iran: Volume 5, The Saljuq and Mongol Periods . Cambridge University Press; Reissue edition (January 1, 1968). ISBN 0-521-06936-X. Perhaps the best overview of the history of the il-khanate. Covers politics, economics, religion, culture and the arts and sciences. Also has a section on the Isma'ilis, Hulagu's nemesis.
  • Encyclopædia Iranica' has scholar-reviewed articles on a wide range of Persian subjects, including Hulagu.
  • Morgan, David. The Mongols. Blackwell Publishers; Reprint edition, April 1990. ISBN 0-631-17563-6. Best for an overview of the wider context of medieval Mongol history and culture.
  • Atwood, Christopher P. (2004). The Encyclopedia of Mongolia and the Mongol Empire. Facts on File, Inc. ISBN 0-8160-4671-9.
  • Robinson, Francis. The Mughal Emperors And the Islamic Dynasties of India, Iran and Central Asia. Thames and Hudson Limited; 2007. ISBN 0-500-25134-7

Pautan luar

Didahului oleh
Tiada
Maharaja Ilkhan
1256–1265
Diikuti oleh:
Abaqa
  1. ^ Johan Elverskog (6 June 2011). Buddhism and Islam on the Silk Road. University of Pennsylvania Press. m/s. 186–. ISBN 0-8122-0531-6.
  2. ^ Jackson 2014, m/s. 173.
  3. ^ Jackson 2014, m/s. 178.
  4. ^ Jackson 2014, m/s. 166.
  5. ^ Letter from Hulagu to Saint Louis, quoted in Les Croisades, Thierry Delcourt, p.151
  6. ^ Jackson 2014, m/s. 315.
  7. ^ Morgan, p. 139
  8. ^ Francis Robinson, The Mughal Emperors And The Islamic Dynasties of India, Iran and Central Asia, pages 19 and 36

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!