Hubungan Australia–Kesatuan Eropah

Hubungan Australia–Kesatuan Eropah
Peta menunjukkan lokasi European Union dengan Australia

Kesatuan Eropah

Australia

Templat:Politik Kesatuan Eropah Hubungan Australia dengan Kesatuan Eropah ialah hubungan antarabangsa antara Australia dengan Kesatuan Eropah (EU). Hubungan Australia dengan EU bermula sejak pertama dilantik duta besar Australia untuk Komuniti Eropah di Brussels pada tahun 1962.[1] EU dan Australia memiliki perkongsian yang terus berkembang dan hubungannya pada saat ini berdasarkan Rangka Perkongsian EU-Australia (European Union-Australia Partnership Framework) tahun 2008.[2] EU dan negara-negara anggotanya memiliki hubungan dengan Australia dalam segala bidang baik politik, ekonomi, ataupun sosial. [3] Pada tahun 2017, EU dan Australia mempersetujui perjanjian yang menandakan bermulanya era baru kerjasama yang strategik dan lebih erat, dengan peningkatan kerjasama dalam bidang keselamatan, perdagangan, perubahan iklim dan pembangunan mampan. Pada 22 Mei 2018, Majlis EU mengambil keputusan yang mengesahkan pembukaan perundingan untuk Perjanjian Perdagangan Bebas (Free Trade Agreement/FTA) antara EU dengan Australia.[4]

Nota kaki

  1. ^ Tyler & Mochan (2017), m/s. 20.
  2. ^ European Union (2009): Partnership Framework memudahkan EU dan Australia dalam mencapai tujuan bersama untuk bidang-bidang seperti dasar keselamatan dan luar negeri, perdagangan antarabangsa, bantuan pembangunan, perubahan iklim dan tenaga, sains dan penyelidikan, inovasi dan teknologi, pendidikan dan kebudayaan.
  3. ^ EEAS (2017a); EEAS (2016).
  4. ^ European Commission (2018a).

Rujukan

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!