Hipotermia

Hipotermia
PengkhususanPerubatan rawatan rapi
Gejala
TempohSehingga suhu badan kembali ke tahap hampir normal
Jenis
  • Primer: akibat suhu rendah persekitaran
  • Sekunder: akibat patologi dalaman yang menghalang badan daripada memanaskan diri dengan cukup
PuncaLazimnya pendedahan terhadap cuaca sejuk rendaman air sejuk
Kemabukan alkohol, gelandangan, kadar gula rendah, anoreksia, usia lanjut[2][1]
Berdasarkan simptom atau suhu badan kurang 35.0 °C (95.0 °F)[1]
PencegahanMemakai pakaian sesuai dan pemanasan diri
Rawatan
Rawatan perubatan
Gula
Kematian1,500 setahun (US)[1]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Hipotermia ("haba rendah"; daripada bahasa Yunani kuno: ὑπο, ypo, "bawah", dan θερμία, thermía, "haba") merujuk kepada pengurangan suhu badan yang berlaku apabila badan manusia melepaskan haba pada kadar yang lebih banyak daripada haba yang diserap. Manusia mengalaminya apabila suhu teras badan berada di bawah 35.0 °C (95.0 °F).[3] Gejala-gejala keadaan ini bergantung kepada suhu:[3] hipotermia tahap rendah menyebabkan kegigilan dan kebingungan mental.[3] Rasa mengigil akan terhenti dan kekeliruan akan bertambah apabila hipotermia mencapai tahap sederhana.[3] Mangsa akan terdorong untuk menanggalkan pakaian mereka dalam hipotermia tahap tinggi atau kritikal, ditambah lagi dengan peningkatan risiko sakit jantung.[3]

Hipotermia boleh disebabkan oleh dua jenis faktor: sebab yang pertama dan paling umun adalah pendedahan kepada suhu sejuk yang melampau.[4] Ia juga boleh berlaku akibat sebarang keadaan yang mengurangkan penghasilan haba ataupun meningkatkan kehilangan haba.[4] Perkara ini biasanya boleh berpunca daripada pengambilan alkohol yang berlebihan tetapi juga termasuk tahap gula darah yang rendah, anoreksia dan umur panjang.[3][4] Suhu badan manusia biasanya akan dikekalkan pada tahap yang malar sekitar 36.5–37.5 °C (97.7–99.5 °F) melalui pentermokawalaturan.[3] Antara cara yang digunakan untuk menggalakkan peningkatan suhu badan termasuklah menggigil, bertambahnya pergerakan aktif yang lincah serta pemakaian pakaian yang lebih tebal dan memerangkap haba.[3][5] Hipotermia boleh didiagnoskan berdasarkan gejala atau simptom yang terzahir pada wujudnya faktor risiko mahupun melalui pengukuran suhu teras badan mangsa.[3]

Keadaan yang berlawanan dengan proses pengurangan haba ini adalah hipertermia, iaitu penghasilan haba pada kadar lebih cepat daripada pelepasan haba secara semulajadi dari badan, menyebabkan peningkatan kepada suhu badan.[6][7]

Rujukan

  1. ^ a b c d e f g h i Brown DJ, Brugger H, Boyd J, Paal P (November 2012). "Accidental hypothermia". The New England Journal of Medicine. 367 (20): 1930–8. doi:10.1056/NEJMra1114208. PMID 23150960. S2CID 205116341.
  2. ^ Marx J (2010). Rosen's emergency medicine: concepts and clinical practice 7th edition. Philadelphia, PA: Mosby/Elsevier. m/s. 1870. ISBN 978-0-323-05472-0.
  3. ^ a b c d e f g h i Brown, DJ; Brugger, H; Boyd, J; Paal, P (Nov 15, 2012). "Accidental hypothermia". The New England Journal of Medicine. 367 (20): 1930–8. doi:10.1056/NEJMra1114208. PMID 23150960.
  4. ^ a b c Marx, John (2010). Rosen's emergency medicine: concepts and clinical practice 7th edition. Philadelphia, PA: Mosby/Elsevier. m/s. 1870. ISBN 978-0-323-05472-0.
  5. ^ Robertson, David (2012). Primer on the autonomic nervous system (ed. ke-3). Amsterdam: Elsevier/AP. m/s. 288. ISBN 9780123865250. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-08. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ Axelrod YK, Diringer MN (Mei 2008). "Temperature management in acute neurologic disorders". Neurol. Clin. 26 (2): 585–603, xi. doi:10.1016/j.ncl.2008.02.005. PMID 18514828.
  7. ^ Laupland KB (Julai 2009). "Fever in the critically ill medical patient". Crit. Care Med. 37 (7 Suppl): S273–8. doi:10.1097/CCM.0b013e3181aa6117. PMID 19535958.


Pautan luar

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!