Hipoglisemia (bahasa Inggeris: hypoglycemia, daripada istilah bahasa Yunani ὑπογλυκαιμία, hypo- "bawah", glykys "gula", haima "darah") berlaku apabila kandungan gula darah menurun ke tahap bawah normal.[1] Keadaan ini boleh membawa kepada pelbagai simptom yang muncul dengan segera termasuk kecemerkapan, masalah percakapan, kekeliruan, pitam, sawan atau maut.[1] Rasa lapar, berpeluh, menggigil serta lemah badan juga boleh timbul daripada keadaan ini.[1]
Tahap glukosa yang dikira dalam hipoglisemia berubah-ubah bergantung kepada lingkungan usia.[1] Mereka yang mempunyai tahap diabetes di bawah 3.9 mmol/L (70 mg/dL) berdiagnosis.[1] Dalam kalangan orang dewasa yang sihat dan tidak menghidap kencing manis; simptom yang berkaitan dengan tahap gula darah yang rendah, tahap gula yang rendah sewaktu kemunculan simptom ini serta peningkatan selepas gula darah diseimbangkan semula mengesahkan diagnosis tersebut.[5] Tahap bawah 2.8 mmol/L (50 mg/dL) selepas makan atau menjalani aktiviti senaman boleh digunakan sebagai takat jika sebaliknya.[1] Tahap yang dinilai bagi bayi baru lahir pula adalah di bawah 2.2 mmol/L (40 mg/dL) atau kurang daripada 3.3 mmol/L (60 mg/dL) bersertakan dengan simptom-simptom yang sah.[4] Ujian lain yang juga berguna untuk menentukan sebab penyakit ini termasuk tahap kandungan insulin dan peptida C dalam darah.[3]Hiperglisemia adalah keadaan yang berlawanan bagi penyakit ini.
Rujukan
^ abcdefghijklm"Hypoglycemia". National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. Oktober 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2015. Dicapai pada 28 Jun 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
^Cryer PE, Axelrod L, Grossman AB, Heller SR, Montori VM, Seaquist ER, Service FJ (Mac 2009). "Evaluation and management of adult hypoglycemic disorders: an Endocrine Society Clinical Practice Guideline". J. Clin. Endocrinol. Metab. 94 (3): 709–28. doi:10.1210/jc.2008-1410. PMID19088155.
Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!