Glukagon ialah suatu hormon polipeptida yang dirembeskan oleh sel pankreas apabila aras glukosa dalam darah adalah rendah, dan mengaktifkan fruktosa 1,6-bisfosfatase melalui kesan penurunannya terhadap aras fruktosa 2,6-bisfosfat. Justeru, glukagon merangsangkan glukoneogenesis dan merencatkan glikolisis di hati. Secara amnya, tindak balas glukagon adalah berlawanan dengan insulin.[3]
Glukagon mengaktifkan enzim adenilat siklase yang memangkinkan pembentukan AMP siklik daripada ATP.
Glukagon hanya bertindak terhadap hati, tetapi tidak terhadap otot.
Lihat juga
Rujukan