Hermann Wilhelm Göring (atau Goering;bahasa Jerman: [ˈɡøːʁɪŋ](dengar); 12 Januari 1893 – 15 Oktober 1946), ialah seorang ahli politik Jerman, pemimpin tentera, anggota utama Parti Nazi (NSDAP) dan secara rasminya pemimpin kedua bagi Reich Ketiga selepas Adolf Hitler. Seorang juruterbang pesawat pejuang ace dalam Perang Dunia Pertama, beliau adalah penerima pingat Pour le Merite yang didambakan, juga dikenali sebagai "Blue Max".Beliau merupakan komander terakhir Jagdgeschwader 1, unit sayap pejuang yang pernah dipimpin oleh Manfred von Richthofen, dikenali sebagai "Red Baron".
Seorang ahli NSDAP sejak awalnya lagi, Göring tercedera pada tahun 1923 semasa rampasan kuasa yang gagal yang dikenali sebagai Beer Hall Putsch. Beliau menjadi penagih kekal morfin selepas dirawat dengan dadah tersebut bagi kecederaannya. Selepas membantu Adolf Hitler mengambil kuasa pada tahun 1933, beliau menjadi orang kedua paling berkuasa di Jerman. Beliau mengasaskan Gestapo pada tahun 1933. Göring dilantik sebagai panglima tertinggi Luftwaffe (tentera udara) pada tahun 1935, jawatan yang dipegangnya sehingga hari terakhir Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1940 beliau berada di kemuncak kuasa dan pengaruhnya; sebagai menteri yang memimpin Rancangan Empat Tahun, beliau bertanggungjawab bagi kebanyakan fungsi ekonomi Jerman semasa pembinaannya hingga Perang Dunia Kedua. Hitler menaikkan pangkatnya ke Reichsmarschall, iaitu pangkat paling kanan berbanding semua panglima Wehrmacht yang lain, dan pada tahun 1941 Hitler melantik beliau sebagai pengganti dan timbalannya bagi semua jawatannya.
Menjelang tahun 1942 hubungan baik Goring dengan Hitler semakin merosot, ini disebabkan Luftwaffe gagal mencapai komitmennya dan gerakan perang Jerman terhalang di kedua-dua barisan. Oleh itu Goring berundur seketika daripada tabir tentera serta politik dan memberi tumpuan kepada pemerolehan harta dan karya seni, yang kebanyakkannya dirampas dari orang yahudi yang menjadi mangsa Holocaust. Dimaklumkan pada 22 April 1945 yang Hitler merancang untuk membunuh diri, Goring menghantar sekeping telegram kepada Hitler memohon untuk mengambil alih pemerintahan Reich. Melihat ia satu tindakan pengkhianatan, Hitler memecat Goring daripada semua jawatan serta parti dan mengarahkan penangkapannya. Selepas Perang Dunia II, Goring telah disabitkan dengan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Perbicaraan Nuremberg; beliau merupakan pegawai tertinggi Nazi yang dibicarakan disana. Beliau telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati tetapi membunuh diri dengan meminum racun sianida pada malam sebelum hukuman mati dijalankan.
Evans, Richard J. (2005). The Third Reich in Power. New York: Penguin. ISBN978-0-14-303790-3.CS1 maint: ref=harv (link)
Evans, Richard J. (2008). The Third Reich at War. New York: Penguin. ISBN978-0-14-311671-4.CS1 maint: ref=harv (link)
Fellgiebel, Walther-Peer (2000) [1986]. Die Trager Des Ritterkreuzes Des Eisernen Kreuzes, 1939–1945 (dalam bahasa German). Friedberg: Podzun-Pallas. ISBN978-3-7909-0284-6.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
Franks, Norman (1993). Above the Lines: The Aces and Fighter Units of the German Air Service, Naval Air Service and Flanders Marine Corps, 1914–1918. Oxford: Grub Street. ISBN978-0-948817-19-9.CS1 maint: ref=harv (link)
Fussell, Paul (2002). Uniforms: Why We Are What We Wear. New York: Houghton Mifflin. ISBN978-0-618-38188-3.CS1 maint: ref=harv (link)
Hooton, Edward (1999). Phoenix Triumphant: The Rise and Rise of the Luftwaffe. Garden City: Arms & Armour. ISBN1-85409-181-6.CS1 maint: ref=harv (link)
Kilduff, Peter (2013). Herman Göring, Fighter Ace: The World War I Career of Germany's Most Infamous Airman. London: Grub Street. ISBN978-1-906502-66-9.CS1 maint: ref=harv (link)
Maser, Werner (2004). Fälschung, Dichtung und Wahrheit über Hitler und Stalin (dalam bahasa German). Munich: Olzog. ISBN3-7892-8134-4.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
Raeder, Erich (2001). Erich Rader, Grand Admiral: The Personal Memoir of the Commander in Chief of the German Navy From 1935 Until His Final Break With Hitler in 1943. London: New York: Da Capo Press. United States Naval Institute. ISBNISBN 0-306-80962-1 Check |isbn= value: invalid character (bantuan).CS1 maint: ref=harv (link)
Stolfi, Russel (1982). "Barbarossa Revisited: A Critical Reappraisal of the Opening Stages of the Russo-German Campaign (June–December 1941)". Journal of Modern History. 54 (1): 27–46. doi:10.1086/244076. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
Taylor, Telford (1992). The Anatomy of the Nuremberg Trials. New York: Knopf. ISBN978-0-394-58355-6.CS1 maint: ref=harv (link)
Leffland, Ella (1990). The Knight, Death and the Devil. New York: Morrow. ISBN0-688-05836-1.
Maser, Werner (2000). Hitlers janusköpfiger Paladin: die politische Biographie (dalam bahasa German). Berlin. ISBN3-86124-509-4.CS1 maint: unrecognized language (link)
Paul, Wolfgang (1983). Wer War Hermann Göring: Biographie (dalam bahasa German). Esslingen: Bechtle. ISBN3-7628-0427-3.CS1 maint: unrecognized language (link)