Berthold Konrad Hermann Albert Speer (bahasa Jerman: [ˈʃpeːɐ̯](dengar); Mac 19, 1905 – September 1, 1981) ialah arkitek Hitler, yang pada tahun 1942 menjadi perancang utama bagi pergerakan ekonomi Jerman untuk Perang Dunia Kedua. Sebagai Menteri Persenjataan dan Pengeluaran Perang, Speer berjaya meningkatkan pengeluaran perang Jerman disebalik pengeboman pihak berikat yang hebat sehingga September 1944.
Ringkasan kerjaya
Menyertai Parti Nazi: 1 Mac 1931
Nombor Keahlian Parti: 474,481
Ketua, Direktorat Parti Nazi bagi Hal Ehwal Teknikal: 1942
Dari tahun 1934 hingga 1939, Speer sering dipanggil sebagai "Arkitek Pertama Reich", bagaimanapun ia hanyalah gelaran yang diberi oleh Hitler dan bukan jawatan politik sebenar dalam Parti Nazi atau kerajaan Jerman.
Jawatan kerajaan
Inspektor Jeneral Pembinaan Ibukota Reich: 1937
Menteri Reich bagi Senjata dan Amunisi: 1942
Pada tahun 1943, dibawah kuasanya sebagai Menteri Persenjataan dan Pengeluaran Perang, Speer juga menjadi Pengarah Organisasi Todt. Uniform standard yang dipakai Speer semasa pertengahan Perang Dunia II ialah jaket warna coklat Parti Nazi yang ringkas, dengan satu penglilit lengan bertulis "Org Todt".
(Original German edition: Speer, Albert (1975), Spandauer Tagebücher [Spandau Diaries], Berlin and Frankfurt am Main: Propyläen/Ullstein Verlag, ISBN978-3-549-17316-9, OCLC185306869)
Speer, Albert (1981), Infiltration: How Heinrich Himmler Schemed to Build an SS Industrial Empire, Macmillan, ISBN978-0-02-612800-1
(Original German edition: Speer, Albert (1981), Der Sklavenstaat : meine Auseinandersetzungen mit der SS [The Slave State: My Battles with the SS], Deutsche Verlags-Anstalt, ISBN978-3-421-06059-4, OCLC7610230)