SharifahHaneesya Hanee bintiSayedSahlan (lahir 11 Februari 2000) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia.[1] Beliau merupakan juara Dewi Remaja 2018/2019, namun ditarik balik kemenangannya pada 17 Januari 2019 berikutan penyebaran rakaman video beliau berparti liar di media sosial. Ini menjadikan beliau sebagai peserta Dewi Remaja pertama yang ditarik balik kemenangannya.[2][3]
Pada tahun 2018, beliau mencapai kemashyuran dalam bidang lakonan menerusi drama adaptsi novel karya Maya Adira, Cik Reen & Encik Ngok Ngek lakonan Farah Nabilah dan Fikry Ibrahim, memegang watak sebagai Zaza.
Beliau terpilih sebagai salah seorang peserta Dewi Remaja 2018/19 dan bergelar juara sekaligus menewaskan empat finalis lain, termasuk Zeera Azizi dan Anna Jobling.[4] Ekoran kontroversi penyebaran rakaman video beliau berpesta liar, mahkota kemenangan beliau ditarik balik.[5][6]
Selain itu, beliau juga mengalami masalah pembelajaran dan pernah dibuli dan diejek rakan kerana warna kulitnya. Ketika berusia sembilan tahun, beliau hampir berputus asa dengan dunia seni yang seolah memandang rendah kredibilitinya hanya kerana beliau berkulit gelap. Haneesya juga menjadikan pelakon senior Nabila Huda sebagai idolanya dalam bidang lakonan.[7]
Kontroversi
Pada awal tahun 2018, beliau menjadi tular di laman Twitter kerana memuat naik status yang menyeru agar semua bangsa Melayu berhenti meletakkan tanggapan kononnya wanita cantik hanyalah mereka yang berkulit putih. Meskipun dikecam segelintir warganet, namun doktor viral, Dr. Amalina Bakri tampil menyatakan sokongan terhadapnya dengan menegaskan, "Setiap individu cantik dengan caranya yang tersendiri".
Nama Haneesya Hanee menjadi bualan warganet apabila rakaman video beliau berpesta liar menjadi tular di media sosial.[8] Akibat insiden itu, mahkota kemenangan Dewi Remaja beliau ditarik balik, tiga hari selepas diumumkan sebagai pemenang.[9]