Hamad bin Khalifa Al Thani

Hamad bin Khalifa Al Thani
حمد بن خليفة آل ثاني
Amir Qatar
Pemerintahan27 Jun 1995 – 25 Jun 2013
Didahului olehKhalifa bin Hamad Al Thani
PenggantiTamim bin Hamad Al Thani
Perdana Menteri
Perdana Menteri Qatar
Pemerintahan27 Jun 1995 – 29 Oktober 1996
Didahului olehKhalifa bin Hamad Al Thani
Diikuti olehAbdullah bin Khalifa Al Thani
KeputeraanJanuari 1952 (umur 72)
Doha, Qatar
PasanganMariam binti Muhammad
Mozah binti Nasser
Noora binti Khalid
Anakanda  24 anak
KerabatAl Thani
AyahandaKhalifa bin Hamad Al Thani
BondaSheikha Al-Atiyyah
AgamaIslam Sunni
Sheikh Hamad bersama Presiden A.S. Barack Obama berserta isteri masing-masing

Syeikh Hamad bin Khalifa Al Thani (Arab: الشيخ حمد بن خليفة آل ثاني, lahir 1 Januari 1952) ialah Amir Qatar sejak 26 Jun 1995, selepas merampas kuasa daripada ayahanda baginda.[1]

Beliau terkenal kerana membantu menubuhkan rangkaian berita antarabangsa Arab pertama, Al Jazeera.

Pada 25 Jun 2013 Hamad turun takhta dan menyerahkan kuasa kepada puteranya Tamim dalam suatu siaran ucapan.[2][3]

Hubungan luar negeri

Walaupun sentimen anti-Israel tersebar luas di dunia Arab, beliau mengekalkan hubungan baik dengan Israel.[4] Beliau pernah bertemu dengan Menteri Luar Israel Tzipi Livni (25 September 2007) di New York. Ini merupakan usaha sebenar pertama pemimpin di Teluk Parsi membuka dialog dengan Israel.[5][6] Beliau menentang dasar petempatan Israel, terutamanya Penyahudian Baitulmaqdis.[7]

Pada Oktober 2012, Sheikh Hamad membuat lawatan penting ke Gaza, ketua negara pertama berkunjung ke situ sejak pemilihan 2006 Hamas dan pengenaan sekatan oleh Israel.[8] Beliau terbang ke Mesir sebelum memasuki Gaza dengan kereta. Di sana, amir melancarkan satu projek pembinaan semula bernilai $254 juta, dan memberi ucapan kepada orang Palestin.[9] Ini merupakan kunjungan kedua beliau ke Genting Gaza (kali pertama pada 1999).[10]

Rujukan

  1. ^ Danna Harman (5 Mac 2007). "Backstory: The royal couple that put Qatar on the map". Christian Science Monitor. Dicapai pada 10 November 2010.
  2. ^ "Qatari emir Sheikh Hamad hands power to son Tamim". BBC. 25 June 2013. Dicapai pada 26 Jun 2013.
  3. ^ AFP (25 June 2013). "Amir Qatar serah takhta kepada anak". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-28. Dicapai pada 27 Jun 2013.
  4. ^ "Sheikh Hamad bin Khalifa al-Thani, Emir". Current Leaders of Nations (yuran, via Fairfax County Public Library). Gale. 1998. GALE<nowki>. Dicapai pada 2012-09-02. Text "</nowiki>K1610000166" ignored (bantuan)
  5. ^ Israel Foreign Minister and the Emir of Qatar (Inggeris). Konsulat Israel. 26 Sep 2007. Dicapai pada 2012-03-02.
  6. ^ Yitzhak Benhorin (25 September 2007). "Livni has surprise meeting with Qatari emir". Ynetnews: Israel at Your Fingertips. Dicapai pada 2012-03-01. Unscheduled meeting takes place between Israeli FM Tzipi Livni and Emir of Qatar Qatar Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani in New York where the two are attending UN General Assembly summit
  7. ^ "Qatar emir: Arab identity in Jerusalem at risk". CBS News. 26 Februari 2012. Dicapai pada 2012-03-01.
  8. ^ "Qatari emir in historic Gaza visit". Al Jazeera. 23 Oktober 2012. Dicapai pada 2012-10-23.
  9. ^ "Qatari emir in historic Gaza visit". Al Jazeera English. 23 Oktober 2012. Dicapai pada 2012-10-29.
  10. ^ "Hari ini, Amir Qatar Tiba di Gaza Dalam Kunjungan Bersejarah". PKS PIYUNGAN. 23 Oktober 2012. Dicapai pada 2012-10-29.

Pautan luar


Hamad bin Khalifa Al Thani
Tarikh keputeraan: 1 Januari 1952
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Khalifa bin Hamad Al Thani
Amir Qatar
1995–2013
Diikuti oleh:
Tamim bin Hamad Al Thani
Jawatan politik
Didahului oleh
Khalifa bin Hamad Al Thani
Perdana Menteri Qatar
1995–1996
Diikuti oleh:
Abdullah bin Khalifa Al Thani

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!