Grand Prix Motosikal musim 2008 ialah Kejuaraan Dunia Perlumbaan F.I.M musim ke-60.
Semasa Grand Prix motosikal Jepun 2008, Valentino Rossi menjuarai kategori MotoGP ketika perlumbaan masih berbaki tiga pusingan. Ia merupakan kejuaraan dunia kelapan serta kejuaraan MotoGP kelima miliknya.
Jadual perlumbaan 2008 dikeluarkan pada Julai 2007.[1] Jadual tersebut kemudian dipinda semula, dengan GP Jepun diadakan sebelum GP Australia, kerana tarikh asal GP Australia bertindih dengan pertandingan AFL Grand Final. Dua lagi perubahan telah dilakukan, iaitu GP Portugal ditukar tarikhnya dari 20 April ke 13 April dan GP Valencia akan diadakan pada 26 Oktober dan bukan pada tarikh asal 2 November.[2]
M
MotoGP
250cc
125cc
|date=