Gereja Methodist Malaysia merupakan sebuah perbadanan dalam tradisi Methodist di Malaysia. Dengan kira-kira 180,000 orang ahli dalam lebih daripada 560 kongregrasi, Gereja ini merupakan mazhab Kristian Protestan yang terbesar di negara selepas gereja Sidang Injil Borneo.[2] Biskop kini ialah Rev. Dr. T. Jeyakumar.
Perbadanan Methodist yang lain di Malaysia dimulakan oleh Free Methodist Church dari Amerika Syarikat[3] in 2002.[4]
Sejarah Gereja Methodist Malaysia
Gereja ini berkongsi sebahagian daripada warisannya dengan Gereja Methodist Singapura kerana kedua-dua tempat ini mempunyai sejarah politik yang serupa.
Sejarah Gereja Methodist Malaysia bermula pada 120 tahun yang lalu atas satu keputusan yang diambil dalam Persidangan India Selatan yang diadakan di Hyderabad pada tahun 1884, semasa William Oldham dilantik sebagai mubaligh ke Singapura pada tahun 1885.
Kerja Tamil dimulakan dengan kedatangan seorang Tamil Ceylon, Encik Underwood. Pada tahun 1894 kerja Tamil ini dimulakan di Pulau Pinang oleh para Pykett, dan di Kuala Lumpur oleh para Kensett dan disambung oleh Rev. S Abraham dari Ceylon pada tahun 1899.
Methodisme datang ke Sarawak pada tahun 1900 semasa sekumpulan pendatang tiba dari Foochow di Tanah Besar China. Para mubaligh datang pada tahun 1903 dengan J.M Hoover dan G.V Summers. Methodisme bertumbuh pesat di Sibu dan asas yang kukuh terbentuk.
Kerja di kalangan penduduk asli, Orang Iban, bermula pada tahun 1937 dengan perintis seperti Lucius D. Mamora dan Paul H. Schmuker yang membawa Injil ke rumah-rumah panjang. Kerja di kalangan komuniti Sengoi di Pahang bermula pada tahun 1930 dengan pertolongan mubaligh dari Sumatra, Indonesia.
Gereja Methodist Singapura dan Malaysia menjadi sebuah perbadanan bertadbir diri pada tahun 1968. Selepas pemisahan Singapura daripada Malaysia, Gereja Methodist Malaysia menjadi berautonomi pada tahun 1976.
Kepercayaan dan Amalan
Keahlian
Komposisi Gereja Methodist Malaysia mencerminkan komposisi perkauman di Malaysia. Terdapat 381 buah gereja dan 596 buah preaching points dengan 417 orang paderi. Jumlah ahli di Gereja ini ialah 182,965, terdiri daripada 97,509 orang ahli sah, 59,763 orang ahli dalam persediaan, dan 25,693 orang yang telah dibaptiskan, berumur 16 ke atas tetapi belum disahkan. Terdapat lebih daripada 72,000 orang penyembah mingguan dalam semua gereja.[2]
Organisasi
Terdapat enam buah persidangan di bawah Persidangan Umum bagi Gereja Methodist Malaysia. Kesemua persidangan tahunan ini secara tradisinya diaturkan mengikut garisan bahasa dan etnik, namun kini kongregasi-kongregasi dalam beberapa persidangan tahunan ini sering menjadi berbilang bahasa dan berbilang bangsa [5] :
- Persidangan Tahunan Orang Cina (Chinese Annual Conference, CAC)
- Kongregasi Bahasa Cina di Semenanjung Malaysia
- Persidangan Tahunan Tamil (Tamil Annual Conference, TAC)
- Kongregasi Bahasa Tamil di Semenanjung Malaysia
- Persidangan Tahunan Trinitas (Trinity Annual Conference, TRAC)
- Kongregasi Bahasa Inggeris di Semenanjung Malaysia
- Persidangan Misi Sengoi (Sengoi Mission Conference, SMC)
- Kongregasi Sengoi di Semenanjung Malaysia
- Persidangan Tahunan Orang Cina Sarawak (Sarawak Chinese Annual Conference, SCAC)
- Kongregasi Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris di Sarawak
- Persidangan Tahunan Iban Sarawak (Sarawak Iban Annual Conference, SIAC)
- Kongregasi Orang Iban di Sarawak
- (termasuk 1 kongregasi di Johor Bahru, Johor)
- Persidangan Tahunan Sementara Sabah (Sabah Provisional Annual Conference, SPAC)
- Kongregasi Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Melayu di Sabah
Lihat juga
Pautan luar
Rujukan