Koalisi Indonesia Maju (KIM), dahulunya Koalisi Kebangkitan Indonesia Raya (KKIR), ialah perikatan parti politik yang ditubuhkan oleh tiga parti politik Koalisi Indonesia Maju – Partai Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Partai Kebangkitan Bangsa (PKB) dan Partai Bulan Bintang (PBB) – dalam menghadapi pilihan raya presiden Indonesia 2024.[1]
Pada 13 Ogos 2022, Gerindra dan PKB menandatangani piagam deklarasi untuk merasmikan pembentukan perikatan pada acara penutupan Rapat Pimpinan Nasional Partai Gerakan Indonesia Raya.[2] Kedua-dua anggota menyepakati bahawa pasangan calon Presiden dan Wakil Presiden bagi perikatan akan ditentukan oleh Ketua Umum kedua-dua parti bersama-sama.[3]
Pada 24 Januari 2023, kedua-dua parti secara rasmi membuka Sekretariat Bersama yang dirasmikan oleh kedua-dua Ketua Umum.[4]
Calon Presiden RI 2024–2029
Calon Wakil Presiden RI 2024–2029