PT Elang Mahkota Teknologi Tbk (dikenali sebagai Emtek) ialah sebuah syarikat teknologi, telekomunikasi dan konglomerat media Indonesia dan beribu pejabat di Jakarta. Sehingga 2013, ia merupakan syarikat media kedua terbesar di Indonesia[1] dan syarikat induk bagi anak-anak syarikat yang termasuk langganan televisyen terestrial NexMedia dan tiga stesen televisyen - SCTV, Indosiar dan Moji. Ia ditubuhkan pada tahun 1983 oleh Eddy K. Sariaatmadja. Pada masa ini, syarikat itu diketuai oleh Alvin W. Sariaatmadja sebagai Presiden Pengarahnya.[2]
Sejarah
Pada tahun 1997, PT Elang Mahkota Teknologi Komputer bertukar nama kepada PT Elang Mahkota Teknologi Indonesia.[3] Pada 2 Ogos 2004, syarikat ini menubuhkan sebuah stesen televisyen tempatan – O Channel, bersama-sama MRA Media Group. Pada 2007, Emtek mengambil kawalan sepenuhnya terhadap stesen TV. Pada 2008, kumpulan ini mengawal Surya Citra Media (SCTV). Pada November 2011, Emtek melancarkan saluran TV langganan, bernama NexMedia. Emtek sebagai Penyiar Rasmi bagi Sukan Asia 2018 untuk Jawatankuasa Olimpik Indonesia.[4]
Eksekutif
- Eddy Kusnadi Sariaatmadja (Pesuruhjaya Presiden)
- Sutanto Hartono (Pengarah Presiden)
- Alvin Widarta Sariaatmadja (Pengarah)
- Yuslinda Nasution (Pengarah: Operasi Penyelesaian)[5]
- Susanto Suwarto (Pesuruhjaya)
Unit perniagaan
Penyelesaian
Lain-lain
CSR
Rujukan
Pautan luar