Rencana ini perlu dikemas kini. Sila bantu mengemaskinikan rencana ini bagi mencerminkan peristiwa yang terkini atau maklumat yang baru.(Februari 2020)
Dáil Éireann Dewan Rendah Ireland ديوان رندە أيرلندا
Dáil Éireann [d̪ˠɑːlʲ ˈɛərən, dal é-ĕ-rĕn] atau Dewan Rendah Ireland merupakan dewan rendah bagi badan perundangan negara Republik Ireland (yakni Oireachtas yang setaraf parlimen) dan dewan kedua selepas Seanad Éireann (yang bertindak sebagai suatu badan senat).[1] Ia dipilih secara langsung sekurang-kurangnya sekali pada setiap lima tahun di bawah sistem perwakilan berkadar dengan cara sistem satu undi boleh pindah (STV). Bidang kuasa dewan ini adalah sama dengan negara yang mengamalkan sistem berparlimendwidewan yang lain. Tertakluk kepada had yang dikenakan oleh Perlembagaan Ireland, dewan ini mempunyai kuasa untuk meluluskan mana-mana undang-undang yang dikehendaki serta mencalonkan dan membuang Taoiseach (ketua kerajaan).
Dewan Rendah Ireland terdiri daripada 166 ahli. Ahli-ahli dipilih secara langsung sekurang-kurangnya sekali pada setiap lima tahun oleh rakyat Republik Ireland di bawah sistem perwakilan berkadar yang dikenali sebagai sistem satu undi boleh pindah. Keahlian "Dáil" ini adalah terbuka kepada warganegara yang berumur 21 dan ke atas. Seseorang anggota Dáil dikenali sebagai Teachata Dála, TD atau "Wakil".
Pengundi Dáil terdiri daripada warganegara Ireland dan United Kingdom berusia lebih 18 tahun yang berdaftar untuk mengundi di Republik Ireland. Menurut Perlembagaan Ireland, pilihan raya umum untuk Dewan Rendah ini perlu diadakan sekali dalam setiap tujuh tahun, tetapi had lima tahun ditetapkan oleh statut.
Sistem pengundian STV secara umumnya menghasilkan perwakilan berkadar di Dewan Rendah. Saiz kecil kawasan pilihanraya yang digunakan, walau bagaimanapun, memberikan kelebihan yang kecil kepada parti yang besar. Sejak 1990-an, kerajaan campuran telah wujud di negara ini. Sebelum tahun 1989, hanya terdapat satu parti yang memerintah kerajaan iaitu Fianna Fáil.
^Artikel 15.1.2 Perlembagaan Ireland mengatakan: "The Oireachtas shall consist of the President and two Houses, viz.: a House of Representatives to be called Dáil Éireann and a Senate to be called Seanad Éireann."