Doraemon: Pengembaraan Nobita ke Alam Ghaib[2] (ドラえもん のび太の魔界大冒険, Doraemon Nobita no Makai Daibōken), juga dikenali sebagai Doraemon, Nobita dan Pengembaraan Dunia Ghaib,[3] merupakan wayang gambar panjang Doraemon yang julung kalinya ditayangkan pada 17 Mac 1984 di Jepun, berdasarkan jilid ke-5 yang sama tajuknya dalam komik bersiri Cerita Panjang Doraemon. Walaupun filem ini merupakan yang kelima dikeluarkan, filem inilah yang pertama menggunakan teknologi grafik komputer dalam francise siri filemnya. Wayang gambar ini telah ditonton lebih 3 juta orang dan memperolehi keuntungan sebanyak lebih daripada 1.65 laksa yen. Filem ini menjadi yang filem animasi yang mengutip keuntungan tertinggi pada tahun 1984. Ketika pelancarannya, Doraemon telah menjadi satu-satunya francise yang menjadi kembalian ke-2 kalinya filem animasi kutipan tertinggi tahun tersebut. Sebuah buatan semula filem ini telah dilancarkan di Jepun pada 10 Mac 2007 yang bertajuk Doraemon: Pengembaraan Baharu Nobita ke Alam Ghaib.
Nobita telah meminjam pondok telefon impian daripada Doraemon dan membuat permintaan agar kuasa sihir boleh digunakan di dunia. Kuasa sihir ini menggantikan ciptaan sains dan teknologi serta dimanfaatkan dalam kehidupan seharian mereka, kecuali Nobita yang seperti kebiasaannya, kurang bijak dalam pada menyeru jampi mantera. Oleh kerana kecewa kerana impian yang ditunaikan tidak seperti keinginannya, Nobita merancang untuk kembali alam sihir itu kepada keadaan asalnya, tetapi usahanya telah terlambat kerana ibunya telah membuang pondok telefon impian itu.
Pada suatu hari, Doraemon dan rakan-rakannya bertemu dengan Professor Mu (Mangetsu) (満月先生), yang pakar dalam kajian makhluk halus dan kuasa sihir seperti syaitan, dan anaknya Miyagi (Miyoko) (美夜子) , dan berdasarkan kajiannya, beliau memberi amaran mengenai ancaman "alam syaitan" yang sedang menghampiri planet Bumi.
Oleh kerana keselamatan planet Bumi yang kini terancam, maka terserahlah kepada Nobita dan rakan-rakannya untuk pergi ke Planet Syaitan dan menikam jantung Raja Syaitan yang kejam dengan anak panah perak seperti yang telah dihuraikan dengan terperinci dalam teks kuno "Penerokaan di Alam Syaitan". Walaubagaimanapun percubaan mereka berjaya digagalkan oleh syaitan-syaitan dan Miyagi pula telah ditangkap.
Nobita dan Doraemon yang berjaya meloloskan diri daripada kepungan syaitan kemudiannya memutuskan untuk menggunakan Mesin Masa untuk kembali ke masa lalu dan dengan menggunakan Pondok Telefon Impian milik Dorami, mereka berjaya mengembalikan Bumi ke asalnya. Niat Nobita terhenti kerana peristiwa-peristiwa di Alam Ghaib tetap sama berlaku kerana sifat Alam Selari, Miyagi akan kekal menjadi tawanan. Akhirnya, kumpulan itu sekali lagi terpaksa kembali ke Planet Syaitan dan mengalahkan raja kejamnya buat selama-lamanya.