Didi & Friends Rescue Squad ialah sebuah siri animasi 3D Malaysia 2014 arahan Khairul Ammar Jamal (Gecko) dengan skripnya ditulis oleh Nur Shafiah Shafiee dan Ida Shaheera Azhar. Siri ini merupakan terbitan turunan baharu daripada francais Didi & Friends terbitan Warnakala Studios. Ia memulakan tayangan perdana di Astro Ceria bermula 11 Oktober 2014 dan versi Bahasa Inggerisnya juga telah diterbitkan. Ia merupakan karya pertama diterbitkan oleh Warnakala Studios sejak ditubuhkan pada 2013.
Didi & Friends Rescue Squad mengajar kanak-kanak cara untuk mengelak diri daripada keadaan yang berbahaya dan kaedah untuk bertindak dengan tenang semasa kecemasan.[1]
Catatan: Setiap episod bermula dengan awalan "Tolong!" (versi BM) dan "Help!" (versi BI).