Didalam tentera, D-Day adalah hari di mana satu serangan kombat atau operasi akan dimulakan. D-Day yang paling terkenal adalah dalam Perang Dunia II, pada 6 Jun 1944—iaitu hari pendaratan Normandy—memulakan usaha Sekutu Barat untuk membebaskan tanah besar Eropah dari Jerman Nazi. Bagaimanapun, banyak penyerbuan dan operasi lain mempunyai gelaran nama D-Day, kedua-duanya sebelum dan selepas operasi tersebut.[1]
Istilah D-Day dan H-Hour digunakan untuk hari dan jam di mana serangan kombat atau operasi dilancarkan. Mereka menetapkan hari dan jam operasi apabila hari dan jam belum lagi ditentukan, atau di mana kerahsiaan adalah penting. Untuk operasi yang diberikan, D-Day dan H-Hour yang sama digunakan bagi semua unit yang terlibat. Apabila digunakan dalam kombinasi nombor, dan tanda tambah atau tanda tolak, istilah ini menunjukkan titik masa sebelum atau mengikuti tindakan yang tertentu. Oleh itu, H−3 bermaksud 3 jam sebelum H-Hour, dan D+3 bermakna 3 hari selepas D-Day. (Sebagai tambahan, H+75 minit digunakan untuk H-Hour tambah 1 jam dan 15 minit.) Kertas perancangan untuk operasi berskala besar dibuat secara terperinci sejurus sebelum tarikh tertentu ditetapkan. Oleh itu, arahan dikeluarkan untuk pelbagai langkah dilaksanakan pada D-Day atau H-Hour tolak atau tambah jumlah hari, jam, atau minit tertentu. Pada masa yang sesuai, arahan selanjutnya dikeluarkan bagi menyatakan hari dan waktu sebenar.
Bahasa lain mempunyai istilah yang sama dengan D-Day seperti "Hari H" (Indonesia),Час Ч (Russian), Dagen D[perlu rujukan] (Sweden), Dan Dcode: sl is deprecated (Slovenian), E egunacode: eu is deprecated (Basque), Jour Jcode: fr is deprecated (Perancis), Lá Lcode: ga is deprecated (Irish), Tag X (Jerman), dan Ziua-Zcode: ro is deprecated (Romania). Abjad awal D pada D-Day telah memberikan pelbagai makna pada masa lampau dan baru-baru ini ia menerima konotasi "Day", dengan itu mencipta ungkapan "Day-Day", atau "Day of Days".[2]
D-Day bagi penyerbuan Normandy oleh pihak Sekutu pada asalnya ditetapkan pada 5 Jun 1944, tetapi cuaca buruk dan ombak besar memaksa JeneralDwight David Eisenhower menangguhkannya sehingga 6 Jun dan tarikh tersebut telah dirujuk secara popular dengan nama singkatan "D-Day". Kerana konotasi dengan penyerbuan Normandy, para perancang operasi tentera kemudian kadangkala mengelakkan istilah itu untuk mencegah kekeliruan. Sebagai contoh, penyerbuan Leyte Jeneral Douglas MacArthur bermula pada "A-Day", dan penyerbuan Okinawa bermula pada "L-Day". Pihak Bersekutu mencadangkan penyerbuan Jepun akan bermula pada "X-Day" (di Kyūshū, dijadualkan pada November 1945) dan "Y-Day" (di Honshū, dijadualkan pada Mac 1946).
Rujukan
^Hakim, Joy (1995). A History of Us: War, Peace and all that Jazz. New York: Oxford University Press. ISBN0-19-509514-6.
"Digital Documents and Photograhs Project". Documents and Photographs regarding the D-Day Invasion, Dwight D. Eisenhower Presidential Library. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-10. Dicapai pada 2009-11-15. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: others (link)