Biarpun kebanyakan Colubridae tidak berbisa (atau menghasilkan bisa yang tidak diketahui bahayanya kepada manusia) dan rata-rata tidak berbahaya, namun beberapa kumpulan seperti genus Boiga mampu membuat patukan yang perlu dirawat segera, sementara boomslang, ular ranting dan genus Rhabdophis dari Asia turut dilaporkan membunuh manusia.[1][2]
Sesetengah Colubridae disifatkan sebagai opistoglifus, iaitu mempunyai gigi panjang beralur yang terletak di belakang rahang atas. Kegigian opistoglifus muncul sekurang-kurangnya dua kali dalam sejarah ular.[2] Berbeza sekali bagi ahli-ahli Viperidae dan Elapidae yang siungnya terletak di hadapan.[1][2]
Pengelasan
Colubridae bukan sebuah kumpulan semula jadi, kerana kebanyakan ahlinya lebih rapat bersaudara dengan kumpulan lain seperti ahli-ahli Elapidae daripada satu sama lain.[3] Famili ini pada asalnya merupakan takson 'bakul sampah' untuk ular-ular yang tidak sesuai tergolong dalam kumpulan-kumpulan lain.[4] Adalah diharap agar penyelidikan yang berterusan akan mengaturkan hubung kait di dalam kumpulan ini.
^Fry, B.G.; Vidal, N.; van der Weerd, L.; Kochva, E.; Renjifo, C. (2009). "Evolution and diversification of the Toxicofera reptile venom system". Journal of Proteomics. 72: 127–136.CS1 maint: multiple names: authors list (link)