Caprice

Caprice
Kelahiran
Ariz bin Ramli

(1988-07-25) 25 Julai 1988 (umur 36)
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, ahli perniagaan
PasanganFarra Inalis Hussni (k. 2021)[1]
Kerjaya muzik
GenreHip hop, Rap
Instrumen
  • Vokal, rap
Tahun aktif2007–kini
Syarikat rakaman
Caprice Records
Pengkarya berkait
Damian Mikhail, Hayad, Rahim Maarof, Annatasha, LM, Ron E. Jones, Ramlah Ram, UNIC, Mira Filzah, Aman RA, Yonnyboii, KING STUNNA

Ariz Ramli (Jawi: اريز بن راملي; lahir 25 Julai 1988), lebih dikenali sebagai Caprice atau Daddycap, adalah seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, ahli perniagaan dan penceramah motivasi Malaysia.[2] Kebanyakan lagu-lagunya dinyanyikan dalam bahasa Inggeris, "Lenglui" dan "Dem Girls" telah melonjakkan beliau ke aliran arus perdana walaupun ramai yang tidak mengetahui lagu itu sebenarnya.[3] Caprice juga merupakan pengasas bagi aplikasi pendidikan Classruum di bawah Caprice Technologies.[4]

Kontroversi

Aktiviti kemanusiaan ke Gaza

Pada akhir Jun 2021, Caprice bertolak ke Gaza, Palestin untuk memberi bantuan kemanusiaan terhadap para penduduk di sana yang terkesan dengan krisis Israel-Palestin yang menyaksikan serangan udara oleh kedua-dua pihak, dengan mengambil inspirasi daripada agamawan serta dermawan terkemuka negara, Ebit Lew yang melakukan perkara sama sebelumnya.[5] Dalam misi ini, beliau bersama dengan Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim yang bertindak sebagai ketua misi.[6]

Walau bagaimanapun, Caprice mencetuskan isu tatkala mendedahkan teguran kepada Ebit Lew atas dakwaan mempergunakan gambar kanak-kanak miskin di sana untuk menguar-uarkan misi kemanusiaanya berdasarkan dakwaan penduduk Palestin.[7] Selain itu, beliau berkata bahawa rancangannya untuk memasuki Gaza bersama-samanya juga terhalang akibat "campur tangan luar".[8] Isu ini mendapat perhatian seluruh negara termasuk ahli terutama negara dengan seruan agar perdamaian segera tercapai.[9] Walau bagaimanapun, Caprice memohon maaf akibat isu itu, dengan menyatakan bahawa beliau "terlalu beremosi" terhadap situasi di Palestin, dan berkeputusan untuk meneruskan misi berseorangan.[10][11]

Diskografi

Single

Tahun Judul
2007 "Lenglui"
2008 "Dem Girls"
2009 "Teman (Valentine Tak Jadi)"
"Fantasy Girls"
2010 "Tuhan Tolonglah"
"Pilihanku"
"Thinking of You"
2012 "Chikaro"
2014 "Wat Lek Wat Peace"
2017 "Korang Tak Boleh Blah"
2019 "Baby Sayang"
(bersama Mira Filzah)
2021 "Koyak"
(bersama MeerFly)
"Lai Lah"
(bersama MeerFly dan Cherry)

Rujukan

  1. ^ Caprice dah kahwin
  2. ^ Zaidi Mohamad (9 Jun 2018). Saya memang boleh cakap Melayu - Caprice Berita Harian. Dicapai pada 9 Jun 2018.
  3. ^ Caprice: The misunderstanding inspired me New Straits Times (17 September 2017). Dicapai pada 18 Oktober 2017.
  4. ^ Nur Asyikin Mayudin (7 Disember 2017). Jihad cara Caprice mSTAR Online. Dicapai pada 7 Disember 2017.
  5. ^ Mei Zi, Tan (24 Jun 2021). "Rapper Caprice follows in Ebit Lew's footsteps, embarks on Gaza aid mission (VIDEO)". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 Julai 2021.
  6. ^ Musa, Nur Huda (17 Julai 2021). "25 hari team Azeez masih belum boleh masuk Gaza". Kosmo!. Dicapai pada 17 Julai 2021.
  7. ^ Mohd Azman, Muhammad Zulkarnain (17 Julai 2021). "Ebit Lew, Caprice trending di Twitter". Sinar Harian. Dicapai pada 17 Julai 2021.
  8. ^ "Caprice harap hubungan dengan Ebit Lew pulih kembali". Harian Metro. 17 Julai 2021. Dicapai pada 17 Julai 2021.
  9. ^ Ahmad Tarmizi, Zakkina Wati (17 Julai 2021). "Damai dan berlapang dada, nasihat menteri kepada Ebit-Caprice". Utusan Malaysia. Dicapai pada 17 Julai 2021.
  10. ^ "Caprice minta maaf, mengaku salah sendiri kerana terlalu beremosi". Astro Awani. 19 Julai 2021. Dicapai pada 20 Julai 2021.
  11. ^ Abu Bakar, Fathullah (20 Julai 2021). ""Satu hari nanti saya akan banggakan kamu semua…" -Caprice teruskan misi persendirian". Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 Julai 2021.

Pautan luar

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!