Buku P.Ramlee di Cakera Nusantara merupakan sebuah buku terbitan Unimas ( Universiti Malaysia Sarawak ) tahun 2005. Ia adalah merupakan Himpunan 22 Kertas Kerja Tokoh-Tokoh Terkemuka termasuk penganalisis luar negara tentang kajian atas hasil karya Alahyarham Tan Sri P. Ramlee.
P.Ramlee di Cakera Nusantara membincangkan gagasan dan perkembangan artistic dan kreativiti, lirik, komposisi, skrip-skrip dan pengarahan P.Ramlee. Ini dikaitkan dengan konteks pemikiran kebudayaan dan zeitgeist pada ketika itu, dan pemikiran semula dalam bentuk kini. Secara keseluruhan, ia memberikan kefahaman bentuk semasa yang wujud untuk pembinaan karya kontemporari, dan mengeksplorasi bentuk-bentuk baru pada era convergence ini. Buku ini sesuai dibaca oleh mahasiswa seni, pengkaji dan peminat seni negara khususnya tentang Seniman Agung Negara. Buku ini juga ditujukan kepada semua yang prihatin terhadap sejarah perkembangan seni negara.
Himpunan kertas kerja yang terdapat dalam buku tersebut adalah seperti berikut:-