Biro Bancian Amerika Syarikat (Inggeris: United States Census Bureau atau Bureau of the Census, seperti yang ditakrifkan dalam Tajuk 13 Kod Amerika Syarikat § 11) merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam bancian di Amerika Syarikat. Ia juga mengumpulkan data demografi dan ekonomi negara yang lain. Berada di bawah kuasa Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat, Biro Bancian berfungsi sebagai sumber utama data mengenai orang dan ekonomi di Amerika.[1]
Peranan utama biro ini adalah untuk melaksanakan kiraan rasmi sepanjang sepuluh tahun (setiap 10 tahun) bagi setiap penduduk yang tinggal di Amerika Syarikat. Hasil yang paling penting daripada kiraan itu adalah pembahagian semula bilangan kerusi bagi setiap negeri yang dibenarkan di dalam Dewan Perwakilan,[1] tetapi hasilnya juga mempengaruhi pelbagai program kerajaan yang bakal diterima untuk setiap negeri. Secara politiknya, pengarah biro ini dilantik oleh Presiden Amerika Syarikat.
Manual Rujukan Kawasan Geografi daripada Biro Bancian Amerika Syarikat mengandungi penerangan terperinci dari segi geografi yang digunakan dalam banci.