Barisan Barat adalah sebuah Barisan (formasi tentera) bagi Tentera Merah, iaitu salah sebuah dari Barisan-Barisan Tentera Merah semasa Perang Dunia II.
Barisan Barat telah diwujudkan pada 22 Jun 1941 dari Wilayah Tentera Khas Barat (yang mana sebelum Julai 1940 dikenali sebagai Wilayah Tentera Khas Belorussia). Panglima pertama Barisan ialah Dmitry Pavlov (meneruskan dari jawatannya sebagai Panglima Wilayah sejak Jun 1940).
Sempadan barat Barisan ini pada Jun 1941 ialah 470 km panjang, dari sempadan selatan Lithuania hingga ke Sungai Pripyat dan bandar Włodawa. Ia bersambung dengan Barisan Barat Laut yang bersebelahan, yang meliputi sempadan Lithuania hingga ke Laut Baltik, dan Barisan Barat Daya di Ukraine.
|volume=