Baju luar (overalls atau dungarees) ialah sejenis pakaian yang selalu digunakan sebagai kelengkapan perlindungan semasa bekerja, namun ia kini juga diperagakan untuk tujuan fesyen subbudaya tertentu.[1] Pakaian ini lazimnya diperbuat daripada denim, namun ia juga boleh dihasilkan daripada kain lain yang tertentu seperti corduroy atau chino.[2]