Seramai 170 pemain akan berentap dalam acara badminton bagi Sukan Olimpik 2008 di Beijing, Republik Rakyat China. Antara berkenaan, 16 pasangan akan beraksi dalam setiap acara beregu, 41 pemain beraksi dalam acara perseorangan lelaki dan 47 pemain beraksi dalam acara perseorangan wanita.
Kriteria kelayakan
Kriteria kelayakan utama berdasarkan senarai ranking BWF yang dikeluarkan pada 1 Mei 2008. Kuota yang ditetapkan ialah seramai 16 pasangan bagi setiap acara beregu dan 38 atlet bagi setiap acara perseorangan, dan adalah seperti berikut:
- Ranking 1–4: Pemain/pasangan akan didaftarkan namun setiap NOC hanya dibenarkan melayakkan 3 pemain/pasangan.
- Ranking 5–16: Pemain/pasangan akan didaftarkan namun setiap NOC hanya dibenarkan melayakkan 2 pemain/pasangan.
- Ranking 17+: Pemain/pasangan akan didaftarkan namun setiap NOC hanya dibenarkan melayakkan 1 pemain/pasangan.
Setiap benua dijamin mempunyai satu kemasukan bagi setiap acara. Jika tiada yang memenuhi syarat bagi kaedah pemilihan kemasukan di atas, pemain/pasangan ranking tertinggi akan layak. Jika tiada pemain/pasangan dalam ranking, juara bagi Kejohanan Benua terkini akan layak.
Tuan rumah (Republik Rakyat China) dibenarkan menghantar 2 pemain bagi setiap acara, tetapi jika lebih daripada 2 pemain, pemain tambahan itu perlu memenuhi kriteria kelayakan.
Terdapat juga 2 kuota pemain jemputan bagi setiap acara perseorangan yang diperuntukkan oleh IOC Tripartite Commission.[1]
Ringkasan
Pemain yang berkelayakan
Perseorangan lelaki
Perseorangan wanita
Beregu lelaki
Beregu wanita
Beregu campuran
Rujukan
Pautan luar