Atlet dari Belarus memulakan penyertaan [SukanOlimpik]] mereka di Sukan Musim Panas 1952 di Helsinki, Finland, sebagai sebahagian daripada Kesatuan Soviet (kod IOC: URS).[1] Selepas Kesatuan Soviet dibubarkan pada tahun 1991, Belarus, bersama dengan empat daripada empat belas bekas republik Soviet yang lain, bertanding dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk 1992 (diadakan di Albertville, Perancis) sebagai Pasukan Bersatu. Kemudian pada tahun 1992, Belarus menyertai sebelas republik untuk bersaing sebagai Pasukan Bersatu di Sukan Musim Panas di Barcelona, Sepanyol. Dua tahun kemudian, Belarus bertanding buat kali pertama sebagai negara merdeka dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk 1994, yang diadakan di Lillehammer, Norway.
Rujukan
Pautan luar