Auguste Marie François Beernaert (26 Julai 1829 – 6 Oktober 1912) merupakan Perdana Menteri ke-14 Belgium dari Oktober 1884 sehingga Mac 1894.
Dilahirkan di Ostend pada tahun 1829, beliau telah memasuki Fakulti Undang-Undang di Universiti Katolik Leuven ketika berusia 17 tahun dan menghabiskannya lima tahun kemudian.[1]
Beliau telah dipilih dalam Dewan Perwakilan pada tahun 1837 dan menjadi Menteri Kerja Raya di bawah Jules Malou, dengan mempertingkatkan sistem jalan raya, kereta api dan terusan. Beliau seterusnya dipilih menjadi Perdana Menteri ke-14 Belgium pada 1884 sehingga 1894.
Selepas menjadi Perdana Menteri, Beernaert telah mewakili Belgium dalam Persidangan Hague 1899 dan 1907. Beliau menerima Hadiah Keamanan Nobel 1909 bersama-sama Paul d'Estournelles de Constant untuk kerjanya dalam Mahkamah Tetap Timbang Tara.
Beliau telah meninggal dunia pada 1912 di Lucerne, Switzerland.