Arquebus Jawa atau bedil Jawa merujuk senjata api yang panjang dari kepulauan Nusantara, yang asalnya dapat dikesan kembali ke awal abad ke-16. Senjata ini digunakan oleh tentera tempatan, walaupun dalam jumlah yang rendah berbanding dengan jumlah askar keseluruhan,[1]:387 sebelum kedatangan penjelajah Iberia (Portugis dan Sepanyol) pada abad ke-16. Dalam rekod sejarah, senjata ini boleh diklasifikasikan sebagai arquebus (senapang sundut) atau musket (senapang kopak).[Catatan 1]
Etimologi
Istilah "arquebus Jawa" (arquebus adalah sinonim senapang sundut) adalah terjemahan perkataan Cina 爪哇銃 (Zua Wa Chong)[2][3] atau 瓜哇銃 (Gua Wa Chong).[4] Dalam bahasa tempatan, senjata itu dikenali dengan pelbagai nama, bedil atau bedhil ialah yang lebih biasa digunakan. Walau bagaimanapun, istilah ini mempunyai makna yang luas — boleh merujuk kepada pelbagai jenis senjata api dan senjata ubat bedil, dari pistol kecil hingga meriam besar pengepungan. Istilah bedil berasal dari kata wedil (atau wediyal) dan wediluppu (atau wediyuppu) dari bahasa Tamil.[5] Dalam bentuk aslinya, kata-kata ini masing-masing merujuk kepada letupan ubat bedil dan niter (kalium nitrat). Tetapi setelah diserap menjadi bedil dalam bahasa Melayu, dan dalam beberapa budaya lain di Nusantara, perbendaharaan kata Tamil itu digunakan untuk merujuk kepada semua jenis senjata yang menggunakan ubat bedil. Dalam istilah bahasa Jawa dan Bali istilah bedil dan bedhil diketahui, dalam istilah Sunda adalah bedil, di bahasa Batak sebagai bodil, di bahasa Makassar, badili, di bahasa Bugis, balili, di bahasa Dayak, badil, dalam bahasa Tagalog, baril, dalam bahasa Bisaya, bádil, dalam rumpun bahasa Bikol, badil, dan orang Melayu memanggilnya sebagai badel atau bedil.[5][6][7]
Sejarah
Pengetahuan untuk membuat senjata berasaskan senjata api di Nusantara diketahui selepas serangan Mongol ke Jawa (1293 M).[8]:1–2[9]:244-245[10][11] Meriam galah (bedil tombak) dicatat digunakan oleh Jawa pada tahun 1413.[12][13]:245 Tetapi ilmu tentang membuat senjata api sebenar datang kemudian, selepas pertengahan abad ke-15. Ia dibawa oleh negara Islam di Asia Barat, kemungkinan besar oleh orang Arab. Tahun pengenalan yang tepat tidak diketahui, tetapi ia dapat disimpulkan dengan selamat tidak lebih awal daripada tahun 1460.[14]:23
Jawa
Kerajaan Majapahit mempelopori penggunaan senjata berasaskan ubat bedil di nusantara. Catatan tentang penggunaan senjata api dalam pertempuran melawan tentera Giri pada sekitar tahun 1500–1506:[15]
"... wadya Majapahit ambedili, dene wadya Giri pada pating jengkelang ora kelar nadhahi tibaning mimis ..."
"... tentera Majapahit menembaki (bedil=senjata api), manakala tentera Giri berguguran kerana mereka tidak kuat dihujani peluru (mimis=peluru bulat)..."
Arquebus ini mempunyai persamaan dengan arquebus Vietnam pada abad ke-17. Senjata ini sangat panjang, boleh mencapai 2.2 m panjang.[2][18] Catatan Tome Pires tahun 1513 menyebut pasukan tentara Gusti Pati (Patih Udara), wakil raja Batara Vojyaya (mungkin Brawijaya atau Ranawijaya), berjumlah 200,000 orang, 2,000 diantaranya adalah tentera berkuda dan 4,000 adalah musketir.[19]:176 Duarte Barbosa sekitar tahun 1514 mengatakan bahawa orang Jawa sangat pandai membuat artileri dan merupakan penembak artileri yang baik. Mereka membuat banyak meriam 1 pon (cetbang atau rentaka), senapang lantak panjang, spingarde (arquebus), schioppi (meriam tangan), api Yunani, gun (bedil besar atau meriam), dan senjata api atau mercun lainnya. Setiap tempat disana dianggap sangat baik dalam pembinaan artileri, dan juga dalam ilmu penggunaanya.[20]:254[21]:198[22]:224
Liuxianting (劉獻廷 — ahli geografi era Qing awal) dari dinasti Ming dan Qing mengatakan: "Orang selatan pandai berperang senjata api, dan senjata api selatan adalah yang terbaik di bawah langit". Qu Dajun (屈大均) berkata: "Arquebus selatan, terutama arquebus Jawa (爪哇銃) disamakan dengan crossbow yang kuat. Mereka digantung dari bahu mereka dengan tali, dan mereka akan dihantar bersama ketika bertemu musuh. Mereka dapat menembusi beberapa baju zirah berat".[23][24][25]
Dinasti Ming China mencatatkan eksport produk Jawa yang diimport ke China. Ini termasuk lada, kemenyan cendana, gading, kuda, meriam besi, budak hitam, balahu chuan (叭喇唬船 — perahu), zhaowa chong (爪哇銃 — bedil Jawa), dan belerang.[26] Bedil Jawa lebih disukai oleh tentera Ming kerana fleksibiliti dan ketepatannya yang tinggi — dikatakan senjata itu boleh digunakan untuk menembak burung.[27]Guangdong Tongzhi (广东通志) yang disusun seawal 1535 mencatatkan bahawa askar berbaju zirah Jawa dan bedil Jawa adalah yang terbaik di kalangan orang timur.[28] Orang Jawa menggunakannya dengan sangat mahir dan boleh menembak burung pipit dengan tepat. Orang Cina juga menggunakannya. Ia boleh mematahkan jari, tapak tangan dan lengan jika tidak digunakan dengan berhati-hati.[27]
Semenanjung Melayu
Portugis menemui pelbagai senjata ubat bedil selepas penaklukan Melaka pada tahun 1511. Adalah diketahui bahawa orang Melayu mendapat senjata dari Jawa.[14]:21-22 Walaupun memiliki banyak artileri dan senjata api, senjata kesultanan Melaka kebanyakannya dan terutamanya dibeli dari orang Jawa dan Gujarat, di mana orang Jawa dan Gujarat adalah juru senjata tersebut. Pada awal abad ke-16, sebelum kedatangan Portugis, orang Melayu merupakan bangsa yang kekurangan bedil. Sejarah Melayu menyebutkan bahawa pada tahun 1509 mereka tidak memahami "mengapa peluru membunuh", yang menunjukkan mereka tidak biasa menggunakan senjata api dalam pertempuran, jika tidak dalam upacara.[29]:3 Buku Lendas da India oleh Gaspar Correia dan Asia Portuguesa oleh Manuel de Faria y Sousa mengesahkan cerita Sejarah Melayu. Kedua-duanya mencatat kisah serupa, walaupun tidak sehebat yang digambarkan dalam Sejarah Melayu.[30]:120–121[31]:43
Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah menjelaskan beberapa fakta tentang keadaan senjata serbuk mesiu di Melaka dan negeri-negeri Melayu yang lain sebelum kedatangan Portugis:[32]:97-98
Tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa bedil, meriam, dan serbuk mesiu diperbuat di negeri-negeri Melayu.
Tiada bukti yang menunjukkan bahawa bedil pernah digunakan oleh Kesultanan Melaka sebelum serangan Portugis, walaupun dari sumber Melayu.
Berdasarkan laporan jumlah meriam yang banyak ditemui dan ditangkap oleh Portugis, ia termasuk dalam kategori artileri separa (meriam kecil), jenis inilah yang lebih banyak digunakan oleh orang Melayu.
Dalam The Commentaries of the Great Afonso Dalboquerque "senapang matchlock besar"[Catatan 2] sering disebut di buku itu. Semasa serangan pertama ke Melaka, orang-orang Portugis yang menghampiri ditembak oleh orang-orang muslim di Melaka:[33]:103
"Dua jam sebelum subuh, Afonso Dalboquerque memerintahkan sangkakala diletupkan, untuk membangunkan mereka, dan mereka segera berangkat dengan semua orang bersenjata dan menaiki kapalnya, dan ketika pengakuan umum telah dibuat, semua berangkat bersama dan sampai di muara sungai tepat pada waktu pagi, dan menyerang jambatan, masing-masing batalion mengikut urutan yang ditetapkan kepadanya. Kemudian orang Moor (muslim) mulai menembak mereka dengan artileri mereka, dipasang di kubu-kubu, dan dengan senapang matchlock besar mereka mencederakan beberapa orang kita."
Mereka juga digunakan ketika orang Portugis mundur dalam serangan pertama:[33]:108
"Ketika orang Moor menyedari bahawa mereka (askar Portugis) menarik diri, mereka mulai melepaskan tembakan dengan senapang matchlock besar, anak panah, dan sumpitan, dan melukai beberapa orang kami, namun dengan tergesa-gesa mereka membuat Afonso Dalboquerque memerintahkan orang-orang itu untuk membawa bersamanya lima puluh bombard besar[Catatan 3] yang telah ditangkap di kubu-kubu di jambatan"
"Sebaik sahaja jong melintasi pinggir pasir dan membuang jangkar, tidak jauh dari jambatan itu, artileri Muslim melepaskan tembakan ke arahnya. Beberapa senjata menembak peluru timah pada jarak waktu tertentu, yang menembusi kedua-dua belah kapal, melakukan banyak pembunuhan di kalangan kru. Dalam panas tindakan itu Antonio d'Abreu, si komander, ditembak di pipi oleh sebuah fusil (espingardão), yang membawa banyak giginya."
Senapang-senapang matchlock yang menembak menembus melalui kedua sisi kapal mereka, memiliki laras yang sangat panjang dan kaliber 18 mm.[35]
Ahli sejarah Fernão Lopes de Castanheda menyebutkan senapang matchlock (espingardão — espingarda / arquebus besar), dia mengatakan bahawa mereka menembak mimis (peluru bundar), beberapa terbuat dari batu, dan sebagian dari besi yang ditutupi timah.[14]:22[36] Putra Afonso de Albuquerque menyebutkan persenjataan Malaka: Ada senapang matchlock besar, sumpitan beracun, busur, panah, baju berlapis besi (laudeis de laminas), tombak Jawa, dan jenis senjata lainnya.[33]:127[37] Selepas Melaka ditaklukan Portugis, mereka menangkap 3,000 daripada 5,000 senapang yang telah diberikan oleh Jawa.[38]:96
Afonso de Albuquerque membandingkan pengasas senjata api dan meriam Melaka sebagai berada pada tahap yang sama dengan Jerman. Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan siapakah etnik pengasas senjata api di Melaka itu.[33]:128[39]:221[29]:4 Duarte Barbosa menyatakan bahawa pembuat arquebus Melaka adalah orang Jawa.[40]:69 Orang Jawa juga membuat meriam mereka sendiri di Melaka.[41] Anthony Reid berhujah bahawa orang Jawa mengendalikan banyak kerja produktif di Melaka sebelum 1511 dan pada abad ke-17 di Pattani.[40]:69
Indochina
Đại Việt disebut oleh dinasti Ming China telah menghasilkan senapang matchlock yang sangat maju pada abad ke-16–17, melebihi senjata api Uthmaniyah, Jepun, dan Eropah. Pemerhati Eropah dari perang Lê–Mạc dan perang Trịnh–Nguyễn juga menyatakan kebolehan untuk membuat matchlock oleh orang Vietnam. Senapang matchlock Vietnam dikatakan dapat menembusi beberapa lapisan baju besi, membunuh dua hingga lima orang dalam satu tembakan, tetapi juga menembak dengan senyap untuk senjata sekalibernya. Orang China memanggil senjata ini sebagai Jiao Chong (交銃, bermaksud arquebus Jiaozhi), dan mencatat kesamaannya dengan Zhua Wa Chong / arquebus Jawa.[42][2][18][23][Catatan 4]
Catatan
^Musket pada asalnya merujuk kepada varian arquebus yang lebih berat, mampu menembus baju besi yang berat (lihat Arnold, 2001, The Renaissance at War, hlm. 75–78). Arquebus Jawa lebih besar daripada arquebus biasa dan mempunyai kemampuan penembusan yang baik.
^Ditulis sebagai espingardões (majmuk) atau espingardão (tunggal).
^Bombard adalah sejenis meriam berkaliber besar dan berlaras pendek. Orang Melayu Melaka mempunyai bombard yang melemparkan tembakan plumbum sebesar espera — artileri lama yang besar. Lihat Birch 1875, halaman 121.
^Perlu diketahui bahawa arquebus Vietnam (Jiaozhi) dapat merujuk kepada beberapa jenis senjata matchlock: Arquebus dalam model istinggar, arquebus dengan bipod di bawah laras, arquebus dengan tripod dan dudukan pusing, dan arquebus bergaya jinjal. Lihat arquebus Jiaozhi.
^Tarling, Nicholas, penyunting (1992). The Cambridge History of Southeast Asia: Volume One, From Early Times to c. 1800. Cambridge University Press. ISBN0521355052.
^ abcTiaoyuan, Li (1969). 南越筆記 (South Vietnamese Notes). Guangju Book Office.
^ abKern, H. (January 1902). "Oorsprong van het Maleisch Woord Bedil". Bijdragen tot de taal-, land- en volkenkunde / Journal of the Humanities and Social Sciences of Southeast Asia. 54: 311–312.
^Syahri, Aswandi (6 August 2018). "Kitab Ilmu Bedil Melayu". Jantung Melayu. Dicapai pada 10 February 2020.
^Lombard, Denys (2005). Nusa Jawa: Silang Budaya, Bagian 2: Jaringan Asia. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama. m/s. 208.
^Reid, Anthony (2011). Asia Tenggara dalam Kurun Niaga 1450-1680 Jilid II: Jaringan Perdagangan Global. Jakarta: Yayasan Pustaka Obor Indonesia. m/s. 255.
^Mayers (1876). "Chinese explorations of the Indian Ocean during the fifteenth century". The China Review. IV: p. 178.
^Manguin, Pierre-Yves (1976). "L'Artillerie legere nousantarienne: A propos de six canons conserves dans des collections portugaises". Arts Asiatiques. 32: 233–268.
^ ab東洋學 硏究所 (Institute of Oriental Studies) (1999). 漢韓大辭典 (Chinese-Korean Dictionary). 檀國大學教出版部 (Dankook University Department of Education and Publication). m/s. 45. ISBN9788970922430. 漢,趙曄《吳越春秋,王使公子光傳》以刺王僚,貫甲達背./清,李調元《南越筆記,粵人善鳥槍》其曰爪哇銃者,形如强弩,以繩懸絡臂上,遇敵萬銃齊發,貫甲數重. .《晉書,李歆傳》士業聞,引兵還,爲遜所逼,士業親貫甲先登,大敗之.
^Shu, Yuan, penyunting (2017). 中国与南海周边关系史 (History of China's Relations with the South China Sea). Beijing Book Co. Inc. ISBN9787226051870. 一、药材:胡椒、空青、荜拨、番木鳖子、芦荟、闷虫药、没药、荜澄茄、血竭、苏木、大枫子、乌爹泥、金刚子、番红土、肉豆蔻、白豆蔻、藤竭、碗石、黄蜡、阿魏。二、香料:降香、奇南香、檀香、麻滕香、速香、龙脑香、木香、乳香、蔷薇露、黄熟香、安息香、乌香、丁皮(香)。三、珍宝:黄金、宝石、犀角、珍珠、珊瑙、象牙、龟筒、 孔雀尾、翠毛、珊瑚。四、动物:马、西马、红鹦鹉、白鹦鹉、绿鹦鹉、火鸡、白 鹿、白鹤、象、白猴、犀、神鹿(摸)、鹤顶(鸟)、五色鹦鹉、奥里羔兽。五、金 属制品:西洋铁、铁枪、锡、折铁刀、铜鼓。六、布匹:布、油红布、绞布。[4]此 外,爪哇还向明朝输入黑奴、叭喇唬船、爪哇铣、硫黄、瓷釉颜料等。爪哇朝贡贸易 输人物资不仅种类多,而且数虽可观,如洪武十五年(1382年)一次进贡的胡椒就达 七万五千斤。[5]而民间贸易显更大,据葡商Francisco de Sa记载:“万丹、雅加达等港 口每年自漳州有帆船20艘驶来装载3万奎塔尔(quiutai)的胡椒。"1奎塔尔约合59 公斤则当年从爪哇输入中国胡椒达177万公斤。
^ abCharney, Michael (2012). Iberians and Southeast Asians at War: the Violent First Encounter at Melaka in 1511 and After. Di Waffen Wissen Wandel: Anpassung und Lernen in transkulturellen Erstkonflikten. Hamburger Edition.
^Furnivall, J. S. (2010). Netherlands India: A Study of Plural Economy. Cambridge University Press. m/s 9: "when Portuguese first came to Malacca they noticed a large colony of Javanese merchants under its own headman; the Javanese even founded their own cannon, which then, and for long after, were as necessary to merchant ships as sails."