Armada Timur Jauh (juga dipanggil Stesen Timur Jauh) adalah sebuah armada laut Royal Navy yang wujud antara tahun 1952 dan 1971.
Semasa Perang Dunia Kedua, Armada Timur mengandungi banyak kapal dan anggota dari tentera laut negara lain, termasuk Belanda, Australia, New Zealand, dan Amerika Syarikat. Pada 22 November 1944 Armada Timur dibentuk semula sebagai Armada Hindia Timur dan terus berpangkalan di Trincomalee. Susulan dari pembentukan semula Armada Timur saki baki kapalnya membentuk Armada Pasifik British.[1] Pada Disember 1945 Armada Pasifik British telah dibubarkan dan pasukan-pasukannya telah diserap ke dalam Armada Hindia Timur. Pada tahun 1952 Armada Hindia Timur dinamakan semula Armada Timur Jauh. Selepas Perang Dunia Kedua Stesen Hindia Timur diteruskan sebagai markas berasingan dengan Timur Jauh sehingga tahun 1958. Pada tahun 1971 Armada Timur Jauh telah dibubarkan dan tinggalan pasukan-pasukannya kembali ke tanah air, berada dibawah pemerintahan baru, markas bersepadu, iaitu Panglima Besar Armada.
Templat:Royal Navy fleets