Anjing Bologna, bolognese,[a] atau bichon Bologna[b] ialah satu baka anjing daripada jenis bichon yang berasal dari Itali. Namanya merujuk sebuah kota Itali utara, iaitu Bologna. Ia merupakan sebahagian daripada kumpulan anjing mainan dan dianggap sebagai anjing teman.
Baka ini dibawa masuk ke England pada tahun 1990 oleh Liz Stannard dan pertama kali ditunjukkan pada tahun itu dalam pejabat pendaftaran baka. Pada tahun 2001, baka ini dapat ditunjukkan dalam semua pertunjukan dengan kelasnya sendiri. Ia berada dalam Crufts, pertunjukan anjing antarabangsa tahunan, buat kali pertama pada tahun 2002.[3]
Perihal
Bulunya sentiasa putih.[4] Lapis bulu tunggal distingtifnya (iaitu, tanpa lapis bulu bawah) melabuh dalam gelungan/perca terbuka longgar di seluruh tubuh dengan helaian bulu lebih pendek pada muka. Tekstur bulu adalah mirip wul, tidak pula bak sutera, dan tidak pernah dipendekkan atau dipangkas melainkan diblea sebagai anjing peliharaan. Bulunya gugur dengan sangat sedikit, tetapi memerlukan penyikatan kerap untuk mengelakkan pengusutan.
Kesihatan
Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 14.9 tahun untuk baka ini, dengan saiz sampel sebanyak 32 ekor anjing, berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[5]
Galeri
Catatan
^Jawi: انجيڠ بولوڽا, بولوڽيزي, بولوڽيسي, بولونيسcode: ms is deprecated ; Itali: bolognesecode: it is deprecated , disebut [boloɲˈɲeːze]
^Jawi: بيشون بولوڽاcode: ms is deprecated ; Itali: bichon bolognesecode: it is deprecated
^"Bolognese Dog Breed" [Baka Anjing Anjing Bologna] (dalam bahasa Inggeris). Go Pets America. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mei 2017. Dicapai pada 22 Januari 2024.
^"Breed Information" [Maklumat Baka] (dalam bahasa Inggeris). British Bolognese Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2014. Dicapai pada 7 Februari 2024.