Angkatan Udara Pertahanan Diri Jepun (航空自衛隊, Kōkū Jieitai), JASDF, juga dirujuk sebagai Tentera Udara Jepun,[3] adalah cabang peperangan udara bagi Angkatan Pertahanan Diri Jepun, bertanggungjawab bagi pertahanan ruang angkasa Jepun dan bagi operasi aeroangkasa yang lain.[4]JASDF menjalankan rondaan tempur udara di sekeliling Jepun, termasuk juga mengekalkan sistem radar amaran awal rangkaian udara dan darat. JASDF juga memiliki pasukan aerobatik yang dikenali sebagai Blue Impulse. Baru-baru ini, JASDF telah terlibat dalam menyediakan pengangkutan udara dalam beberapa misi menjaga keamanan Pertubuhan Bangsa Bersatu.
JASDF memiliki kekuatan seramai 45,000 anggota dan kira-kira 350 buah pesawat tempur dari jumlah keseluruhan 769 pesawat tentera pada 2005. Formasi-formasi garisan hadapan termasuk 3 skuadron serangan darat, 9 skuadron pesawat pejuang, satu skuadron pengawasan dan 5 skuadron pesawat pengangkut.[5]
Sebelum penubuhan Angkatan Pertahanan Diri Jepun selepas Perang Dunia II, Jepun tidak memiliki pasukan tentera udara secara berasingan. Operasi penerbangan dilaksanakan oleh Pasukan Udara Tentera Darat Imperial Jepun dan Pasukan Udara Tentera Laut Imperial Jepun. Berikutan kekalahan dalam Perang Dunia II, Tentera Darat Imperial Jepun dan Tentera Laut Imperial Jepun telah dibubarkan dan digantikan dengan Angkatan Pertahanan Diri Jepun setelah Undang-undang Pertahanan Diri 1954 diluluskan, TUPDJ telah ditubuhakan sebagai cabang penerbangan.
Sources: [12] [13]