AmorePacific Corporation ialah sebuah syarikat konglomerat kecantikan dan kosmetik Korea Selatan, yang mengendalikan 33 jenama kesihatan, kecantikan, dan penjagaan peribadi termasuk Etude House, Mamonde Cosmetics, Innisfree, Laneige, Lolita Lempicka, dan Annick Goutal.[1] Ditubuhkan pada tahun 1945, ia merupakan syarikat kosmetik ke-14 terbesar di dunia.[2]
Syarikat ini berasal dari tahun 1940-an, ketika Yun Dok-jeong mulai menjual minyak kamelia sebagai perawatan rambut di kampung Kaesong.[2] Anak keduanya, Suh Sung-whan, mengambil alih perniagaan pada tahun 1945, menamakannya "태평양 (taepyeong-yang, harfiah Lautan Pasifik).
Suh menyerahkan syarikat tersebut kepada anaknya yang kedua Suh Kyung-bae pada tahun 1997;[2] kejayaannya menjadikannya lelaki terkaya kedua di Korea pada 2016.[3]