Abū ʿAlī al-Ḥasan ibn al-Ḥasan ibn al-Haytham (Arab: أبو علي، الحسن بن الحسن بن الهيثم, Parsi: ابن هیثم, Latin: Alhacen atau [5]Alhazen) (dilahirkan di Basra pada 965 Masihi – dan meninggal dunia pada 1040 Masihi di Kaherah) merupakan ahli sains dan polymathMuslim,[6] yang banyak diterangkan dalam pelbagai sumber sama ada dalam bahasa Arab mahupun Parsi.[7][8][9][10][11][12] Beliau juga terkenal sebagai Bapa Optik Moden. Beliau merupakan pakar fizik yang terunggul melalui sumbangan terhadap kaedah optik dan saintifik. Abu Ali Hasan telah mendapat pendidikan di Basra dan Baghdad.
Beliau sering dikenali sebagai Ibn al-Haitham, dan kadangkala sebagai al-Basri (Arab: البصري), bersempena tempat kelahirannya di bandar Basra.[14] Beliau juga dikenali dengan nama gelaran Ptolemaeus Secundus ("Ptolemy Kedua")[15] atau nama ringkas "Si Ahli Fizik"[16] di Eropah Zaman Pertengahan.
Dilahirkan di Basra, Iraq, beliau tinggal di Kaherah Mesir dan meninggal dunia di sana pada umur 74 tahun.[15] Kerana terlalu meyakini kegunaan praktik ilmu matematiknya, beliau beranggapan dapat mengawal banjir sungai Nil.[17] Apabila diperintah berbuat demikian oleh Al-Hakim bi-Amr Allah, khalifah keenam Kekhalifahan Fatimiyyah, beliau dengan cepat menyedari bahawa tugas itu mustahil dilakukan, lantas bersara daripada bidang kejuruteraan. Oleh sebab takut nyawanya terancam, beliau berpura-pura gila[1][18] yang membawa kepadanya dikenakan penahanan dalam rumah. Selepas waktu beliau dikenakan hukuman inilah beliau menumpukan perhatian kepada usaha-usaha saintifik sehinggalah saat kematiannya.[15]
Abu Ali Hasan juga merupakan manusia pertama yang memperincikan secara tepat pelbagai bahagian mata dan memberi penjelasan saintifik mengenai proses penglihatan. Abu Ali Hasan menyangkal teori penglihatan Ptolemy dan Euclid yang menyebut bahawa mata menghantar sinaran visual kepada objek yang dilihat. Menurut Ali Abu Hasan, sinaran berasal dalam objek yang dilihat dan bukan dalam mata.
Dalam bukunya Mizan al-Hikmah, Ali Abu Hasan membincangkan ketumpatan atmosfera dan menghasilkan hubungan antara atmosfera dan ketinggian.
Latar belakang
Biografi
Abu Ali Hasan Ibn al-Haitham dilahirkan di Basra, Iraq yang pada masa itu merupakan sebuah wilayah Empayar Buyah.[1] Tidak dapat dipastikan sama ada beliau berketurunan Arab atau Parsi.[19][20] Berkemungkinan besar beliau meninggal dunia di Kaherah, Mesir. Beliau dididik di Basra (sewaktu Zaman Kegemilangan Islam, Basra merupakan "kunci kepada permulaan pedidikan"),[21] dan di Baghdad, ibu negeri Kekhalifahan Abbasiyyah, yang juga menjadi pusat "kemuncak tamadun Islam".[21] Sewaktu di Iran Buyah, beliau bertugas sebagai pegawai awam dan membaca banyak karya-karya teologi dan sains.[14][22]
Satu kisah kerjayanya menceritakan yang beliau dipanggil ke Mesir oleh pemerintah Kekhalifahan Fatimiyyah, Al-Hakim bi-Amr Allah, untuk mengawal pembanjiran sungai Nil, suatu usaha yang memerlukan pembinaan empangan di tempat terbinanya Empangan Aswan sekarang.[23] Selepas kerja luar menyedarkan beliau akan kemustahilan rancangannya,[15] dan takut akan kemarahan khalifah, beliau pura-pura gila. Ibn al-Haitham dikenakan hukuman penahanan dalam rumah dari tahun 1011 M sehinggalah kematian Khalifah al-Hakim dalam tahun 1021.[24] Dalam waktu penahanan itu, beliau menghasilkan sebuah kitab yang amat berpengaruh, Kitab Optik. Selepas dibebaskan daripada tahanan, beliau menerbit banyak lagi treatis berkaitan fizikilmu falak dan matematik. Beliau kemudiannya pergi ke Al-Andalus. Dalam waktu ini, beliau terus menerus menjalankan pengajian saintifik termasuk kajian tentang optik, matematik, fizik, perubatan, dan pengembangan kaedah saintifik moden yang berlandaskan ujikaji.
Beberapa periwayat hidup mengatakan Ibn al-Haitham lari ke Syria, kemudian pergi ke Baghdad pada usia tua, atau berada di Basra semasa beliau pura-pura gila. Walau apapun, beliau berada di Kaherah menjelang tahun 1038. Semasa beliau berada di Kaherah, beliau terhubung dengan Universiti Al-Azhar, disamping "Rumah Hikmah"" bandar itu,[25] yang dikenali sebagai Dar al-`Ilm (Rumah Ilmu), yang merupakan perpustakaan "terpenting" selepas Baitul Hikmah di Baghdad.[14]
Legasi
Ibn al-Haitham membuat kemajuan besar dalam bidang optik, sains fizikal dan kaedah saintifik. Usaha Ibn al-Haitham berkaitan optik dianggap sebagai penyumbang kepada penitikberatan eksperimen dalam sains. Pengaruhnya terhadap sains am dan optik khususnya disanjung tinggi, dan sesungguhnya membuka tirai kepada era baharu dalam penyelidikan optik, sama ada dalam bentuk teori mahupun amali.[26]
Karya al-Haitham yang paling masyhur ialah karya sepanjang tujuh jilid berkaitan dengan optik, Kitab al-Manazir ("Kitab Optik"), yang dihasilkan dari tahun 1011 ke 1021 M.
Manazirditerjemahkan ke dalam Latin oleh seorang sarjana yang tidak diketahui namanya pada penghujung abad ke-12 ataupun awal abad ke-13.[27] Terjemahan ini dicetak oleh Friedrich Risner dalam tahun 1572, dengan judul Latinnya, Opticae thesaurus: Alhazeni Arabis libri septem, nuncprimum editi; Eiusdem liber De Crepusculis et nubium ascensionibus (Bahasa Melayu: Optik yang Sangat Bernilai: Tujuh buku Alhazeni si Arab, diterbitkan buat kali pertama: Buku tentang senjakala awan dan hamal).[28] Risner juga penulis nama varian "Alhazen"; sebelum Risner al-Haitham dikenali di Barat sebagai "Alhacen". Karya ini mendapat sanjungan tinggi dalam Zaman Pertengahan. Karya-karya al-Haitham tentang subjek-subjek geometri diketemu di dalam Bibliothèque nationale di Paris dalam tahun 1834 oleh EA Sedillot. Manuskrip-manuskrip lain disimpan di Perpustakaan Bodleian di Oxford dan di dalam perpustakaan Leiden.
Teori penglihatan
Terdapat dua teori utama tentang penglihatan dalam zaman baharian klasik. Teori pertama, teori Pancaran, disokong oleh para pemikir seperti Euclid dan Ptolemy, yang mempercayai bahawa penglihatan bekerja dengan mata mengeluarkan sinarancahaya. Teori kedua, teori intromisi, yang disokong Aristotle dan pengikut-pengikutnya, menyatakan bahawa terdapat bahan-bahan fizikal yang memeasuki mata dari sesuatu objek. Penulis-penulis terdahulu (seperti al-Kindi) berhujah mengikut laras-laras Euclid, Galeni, ataupun Aristotle; pencapaian al-Haitham ialah pengwujudan sebuah teori yang berjaya menggabungkan bahagian-bahagian hujah sinaran matematik Euclid, tradisi perubatan Galen, dan teori-teori intromisi Aristotle. Teori intromisi al-Haitham secara kasarnya mirip teori al-Kindi (dan menyimpang daripada Aristotle) dalam penyataannya "daripada setiap titik setiap bahan berwarna, diterangi oleh apa juah cahaya, terbit cahaya dan warna pada garisan yang sangat lurus yang dapat diraih dari titik itu.".[29]
Namun demikian, ini menimbulkan masalah bagaimana mahu menerangkan pembetukan sesebuah imej daripada banyak sumber pancaran; khususnya, setiap titik sesebuah objek itu akan mengirim pancaran kepada setiap titik di mata. Apa yang diperlukan al-Haitham ialah sebuah titik pada objek yang sepadan dengan hanya satu titik di mata.[29] Beliau cuba meneylesaikan masalah ini dengan menyatakan yang hanya titik serenjang dari objek dapat dikesan oleh mata; buat sesuatu titik tertentu di mata, hanya pancaran yang sampai kepadanya secara langsung, tanpa dibias oleh bahagian mata yang lain, akan dapat dikesan. Beliau memberi hujah dengan menggunakan analogi yang pancaran serenjang lebih kuat daripada pancaran yang condong; sama seperti sebuah bola yang dibaling terus kepada sebuah papan mungkin mematahkan papan tersebut, sementara bola yang dibaling condong akan memantul, pancaran serenjang lebih kuat daripada pancaran terbias, dan hanya pancaran serenjanglah yang dapat dikesan mata.
Oleh sebab terdapat hanya satu pancaran serenjang yang akan memasuki mata pada mana-mana tempat, dan semua pancaran ini akan bertemu di tengah-tengah mata dalam bentuk kon, ini membolehkan beliau untuk menyelesaikan masalah tentang setiap titik objek yang mengirim banyak pancaran kepada mata—jika hanya pancaran serenjang yang penting, ini bermaksud beliau mempunyai keseragaman titik-ke-titik dan kekeliruan dapat diselesaikan.[30] Beliau kemudiannya menyatakan (dalam buku tujuh Manazir) yang pancaran lain akan terbias dalam mata dan dikesan seolah-olah pancaran-pancaran tersebut pancaran serenjang.[31]
Hujah-hujah beliau tentang pancaran serenjang tidak menerangkan dengan jelas mengapa hanya pancaran serenjang dapat dikesan; mengapa harus pancaran condong yang lemah tidak dikesan dengan lemah?[32] Hujah-hujah terkemudian al-Haitham yang pancaran terbias akan dikesan seolah-olah pancaran serenjang tidak berapa meyakinkan.[33] Walau bagaimanapun, walaupun ia mempunyai beberpa kelemahan, tidak ada teori lain yang menyeluruh macam teorinya, dan teori ini amat berpengaruh, terutamanya di Eropah Barat: "dengan cara langsung ataupun tidak langsung, buku De Aspectibus menyebabkan banyak aktiviti dalam bidang optik yang berlaku antara abad ke-13 dan ke-17."[34] Teori terkemudian Kepler tentang imej retina (yang menyelesaikan masalah seragaman titik-titik pada objek dengan titik-titik di mata) terbina secara langsung di atas kerangka konsep al-Haitham.[34]
Al-Haitham menunjukkan melalui ujikaji yang cahaya bergerak dalam garisan lurus, dan beliau melakukan beberapa ujikaji dengan kanta, cerminpembiasan, dan juga pantulan.[26] Beliau merupakan orang yang pertama yang memikirkan tentang komponen menegak dan mendatar buat pancaran cahaya yang terbias dan terpantul, yang merupakan langkah penting terhadap pemahaman optik dari segi geometri.[35]
Kamera obskura diketahui orang Cina, dan Aristotle ada membincangkan prinsip dibelakang alat ini dalam karya Problemsnya, akan tetapi, kerja al-Haithamlah yang mengandungi pemerian jelas yang pertama tentang kamera obskura[36] dan analisis awal [37] alat ini.
Al-Haitham mengkaji proses penglihatan, struktur mata, pembetukan imej di dalam mata, dan sistem penglihatan. Ian P. Howard mengutarakan hujah dalam sebuah rencana dalam jurnal Perception tahun 1996 yang al-Haitham harus diperakui dengan banyak penjumpaan dan teori yang disandarkan kepada orang Eropah Barat yang menulis berabad-abad terkemudian daripadanya. Misalnya, Howard memerikan apa yang dikenali sebagai Hukum Hering dalam abad ke-19; al-Haitham menulis tentang horopter yang lebih 600 tahun lebih awal daripada penulisan Aguilonius, dan teori al-Haitham lebih dekat dengan definisi modern berbanding dengan definisi Aguilonius. Selain itu, kerja al-Haitham berkaitan dengan ketaksamaan binokular diulangi oleh Panum dalam tahun 1858.[38]
^Science and Human Destiny by Norman F. Dessel, Richard B. Nehrich, Glenn I. Voran - Page 164. The Journal of Science, and Annals of Astronomy, Biology, Geology by James Samuelson, William Crookes - Page 497.
^Science and Human Destiny by Norman F. Dessel, Richard B. Nehrich, Glenn I. Voran - Page 164. The Journal of Science, and Annals of Astronomy, Biology, Geology by James Samuelson, William Crookes - Page 497.
Professor Abattouy, Mohammed (2002), "The Arabic Science of weights: A Report on an Ongoing Research Project", The Bulletin of the Royal Institute for Inter-Faith Studies, 4: 109–130
Abbott, David (December 1983), Biographical Dictionary of Scientists, I, Frederick Muller Ltd, ISBN0-584-10854-0, OCLC10505374
Arjomand, Kamran (1997), "The emergence of scientific modernity in Iran: controversies surrounding astrology and modern astronomy in the mid-nineteenth century", Iranian Studies, 30 (1)
El-Bizri, Nader (2004), "La perception de la profondeur: Alhazen, Berkeley et Merleau-Ponty", Oriens-Occidens: sciences, mathématiques et philosophie de l’antiquité à l’âge classique (Cahiers du Centre d’Histoire des Sciences et des Philosophies Arabes et Médiévales), Centre national de la recherche scientifique, 5: 171–184
El-Bizri, Nader (2006), "Ibn al-Haytham or Alhazen", dalam Meri, Josef W. (penyunting), Medieval Islamic Civilization: An Encyclopaedia, II, New York & London: Routledge, m/s. 343–345, ISBN0-415-96692-2, OCLC224371638 59360024Check |oclc= value (bantuan)
El-Bizri, Nader (2007), "In Defence of the Sovereignty of Philosophy: Al-Baghdadi's Critique of Ibn al-Haytham's Geometrisation of Place", Arabic Sciences and Philosophy, Cambridge University Press, 17: 57–80, doi:10.1017/S0957423907000367
El-Bizri, Nader (2004), "Ibn al-Haytham et le problème de la couleur", Oriens-Occidens: sciences, mathématiques et philosophie de l’antiquité à l’âge classique (Cahiers du Centre d’Histoire des Sciences et des Philosophies Arabes et Médiévales), Centre National de la Recherche Scientifique, 7: 201–226
Faruqi, Yasmeen M. (2006), "Contributions of Islamic scholars to the scientific enterprise", International Education Journal, 7 (4): 391–396
Gondhalekar, Prabhakar M. (2001), The Grip of Gravity: The Quest to Understand the Laws of Motion and Gravitation, Cambridge University Press, ISBN0-521-80316-0, OCLC224074913 45418963Check |oclc= value (bantuan)
Grant, Edward (1974), A source book in medieval science, 1, Cambridge MA: Harvard University Press
Hatfield, Gary (1996), "Was the Scientific Revolution Really a Revolution in Science?", dalam Ragep, F. J.; Ragep, Sally P.; Livesey, Steven John (penyunting), Tradition, Transmission, Transformation: Proceedings of Two Conferences on Pre-modern Science held at the University of Oklahoma, Brill Publishers, ISBN90-04-09126-2, OCLC19740432 234073624 234096934Check |oclc= value (bantuan)
Hockney, David (2006), Secret Knowledge: Rediscovering the Lost Techniques of the Old Masters, ISBN0-14-200512-6 (New and Expanded Edition). 328 pages. index. list of illustrations. bibliography. 'textual evidence' section cites Alhazen 240, 242, 277, 279, 284. Entire book records Hockney's investigation of the camera obscura and his rediscovery of its use in portraiture.
Hodgson, Peter Edward (2006), Theology And Modern Physics, Burlington, VT: Ashgate Publishing (diterbitkan 2006-01-15), ISBN978-0-7546-3622-9, OCLC56876894, DDC: 201.653, LCC: BL265.P4 H63 2005
Howard, Ian P. (1996), "Alhazen's neglected discoveries of visual phenomena", Perception, 25 (10): 1203–1217, doi:10.1068/p251203, PMID9027923
Howard, Ian P.; Wade, Nicholas J. (1996), "Ptolemy's contributions to the geometry of binocular vision", Perception, 25 (10): 1189–201, doi:10.1068/p251189, PMID9027922
Katz, Victor J. (1995), "Ideas of Calculus in Islam and India", Mathematics Magazine, 68 (3): 163–174, doi:10.2307/2691411
Nasr, Seyyed Hossein (2003), "The achievements of Ibn Sina in the field of science and his contributions to its philosophy", Islam & Science (December 2003)
Omar, Saleh Beshara (1977), Ibn al-Haytham's Optics: A Study of the Origins of Experimental Science, Minneapolis: Bibliotheca Islamica, ISBN0-88297-015-1, OCLC3328963
Rashed, Roshdi (2007), "The Celestial Kinematics of Ibn al-Haytham", Arabic Sciences and Philosophy, Cambridge University Press, 17: 7–55, doi:10.1017/S0957423907000355
Rosen, Edward (1 January 1985), "The Dissolution of the Solid Celestial Spheres", Journal of the History of Ideas, 46 (1): 13–31, doi:10.2307/2709773, ISSN0022-5037
Rozenfeld, Boris Abramovich; Youschkevitch, Adolf P. (1996), "Geometry", dalam Rashed, Roshdi (penyunting), Encyclopedia of the History of Arabic Science, 2, London & New York: Routledge, m/s. 447–494
Sabra, A. I. (1971), "The astronomical origin of Ibn al-Haytham's concept of experiment", Actes du XIIe congrès international d’histoire des sciences, Albert Blanchard, Paris, 3: 133–136. Reprinted in Sabra, A. I. (1994), Optics, Astronomy and Logic: Studies in Arabic Science and Philosophy, Collected Studies Series, 444, Variorum, Aldershot, ISBN0-86078-435-5, OCLC29847104 30739740Check |oclc= value (bantuan).
Sabra, A. I. (1978b), "An Eleventh-Century Refutation of Ptolemy's Planetary Theory", dalam Hilfstein, Erna; Czartoryski, Paweł; Grande, Frank D. (penyunting), Science and History: Studies in Honor of Edward Rosen, Studia Copernicana, XVI, Ossolineum, Wrocław, m/s. 117–131
Sabra, A. I. (1981), Theories of Light from Descartes to Newton, Cambridge University Press
Sabra, A. I. (1998), "Configuring the Universe: Aporetic, Problem Solving, and Kinematic Modeling as Themes of Arabic Astronomy", Perspectives on Science, 6 (3): 288–330
Sabra, A. I. (October–December 2003), "Ibn al-Haytham: Brief life of an Arab mathematician", [[Harvard Magazine]], diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27, dicapai pada 2008-01-23URL–wikilink conflict (bantuan)
Smith, A. Mark (2001), Alhacen's theory of visual perception: a critical edition, with English translation and commentary, of the first three books of Alhacen's De aspectibus, the medieval Latin version of Ibn al-Haytham's Kitab al-Manazir, Transactions of the American Philosophical Society, 91, Philadelphia: American Philosophical Society & DIANE Publishing, ISBN978-0-87169-914-5, OCLC163278528 163278565 185537919 47168716Check |oclc= value (bantuan)
Smith, A. Mark (2005), "The Alhacenian Account Of Spatial Perception And Its Epistemological Implications", Arabic Sciences and Philosophy, Cambridge University Press, 15, doi:10.1017/S0957423905000184
Verma, R. L. (August 1969), "Al-Hazen: father of modern optics", Al-Arabi, 8: 12–3, PMID11634474
Vernet, J. (4 April 2008), "Ibn al- Hayt̲h̲am, Abū ʿalī al-Ḥasan b. al-Ḥasan (or Ḥusayn) b. al-Hayt̲h̲am al-Baṣrī al-Miṣrī", dalam Bearman, P.; Bianquis, Th.; Bosworth, C. E.; van Donzel, E.; Heinrichs, W. P. (penyunting), [[Encyclopaedia of Islam]], Brill Online: Brill Publishers, dicapai pada 2008-09-16URL–wikilink conflict (bantuan)[pautan mati kekal]
Wade, Nicholas J. (1998), A Natural History of Vision, Cambridge, MA: MIT Press
Wade, Nicholas J.; Finger, Stanley (2001), "The eye as an optical instrument: from camera obscura to Helmholtz's perspective", Perception, 30 (10): 1157–1177, doi:10.1068/p3210, PMID11721819
Sabra, A. I., ed. (1983), The Optics of Ibn al-Haytham, Books I-II-III: On Direct Vision. The Arabic text, edited and with Introduction, Arabic-Latin Glossaries and Concordance Tables, Kuwait: National Council for Culture, Arts and LettersCS1 maint: extra text: authors list (link)
Sabra, A. I., ed. (2002), The Optics of Ibn al-Haytham. Edition of the Arabic Text of Books IV-V: On Reflection and Images Seen by Reflection. 2 vols, Kuwait: The National Council for Culture, Arts and LettersCS1 maint: extra text: authors list (link)
Smith, A. Mark, ed. and trans. (2001), ditulis pada Philadelphia, "Alhacen's Theory of Visual Perception: A Critical Edition, with English Translation and Commentary, of the First Three Books of Alhacen's De aspectibus, the Medieval Latin Version of Ibn al-Haytham's Kitāb al-Manāzir, 2 vols.", Transactions of the American Philosophical Society, Philadelphia: American Philosophical Society, 91 (4–5), ISBN0-87169-914-1, OCLC47168716
Smith, A. Mark, ed. and trans. (2006), "Alhacen on the Principles of Reflection: A Critical Edition, with English Translation and Commentary, of Books 4 and 5 of Alhacen's De Aspectibus, the Medieval Latin version of Ibn-al-Haytham's Kitāb al-Manāzir, 2 vols", Transactions of the American Philosophical Society, Philadelphia: American Philosophical Soc., 96 (2–3), ISBN0-87169-962-1, OCLC123464885 185359947 185359957 219328717 219328739 70078653Check |oclc= value (bantuan)
Kepustakaan sekunder
Graham, Mark. How Islam Created the Modern World. Amana Publications, 2006.
Omar, Saleh Beshara (June 1975), Ibn al-Haytham and Greek optics: a comparative study in scientific methodology, PhD Dissertation, University of Chicago, Department of Near Eastern Languages and Civilizations
Belting, Hans, Afterthoughts on Alhazen’s Visual Theory and Its Presence in the Pictorial Theory of Western Perspective, in: Variantology 4. On Deep Time Relations of Arts, Sciences and Technologies In the Arabic-Islamic World and Beyond, ed. by Siegfried Zielinski and Eckhard Fürlus in cooperation with Daniel Irrgang and Franziska Latell (Cologne: Verlag der Buchhandlung Walther König, 2010), pp. 19–42. [2]
Siegfried Zielinski & Franziska Latell, How One Sees, in: Variantology 4. On Deep Time Relations of Arts, Sciences and Technologies In the Arabic-Islamic World and Beyond, ed. by Siegfried Zielinski and Eckhard Fürlus in cooperation with Daniel Irrgang and Franziska Latell (Cologne: Verlag der Buchhandlung Walther König, 2010), pp. 19–42. [3]