Sahibus SamahahDato' SriHajiAbdul Rahman Haji Osman ialah seorang agamawan Islam di Malaysia. Beliau ialah Mufti Pahang ke-8 yang dilantik pada 2008[1] hingga Mac 2024. Sebelum itu, beliau menjawat sebagai Timbalan Mufti Pahang sejak 2001.
Biografi
Abdul Rahman dilahirkan pada 1953 di Kampung Lebak, Temerloh, Pahang. Beliau memulakan pendidikan formal di Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh sehingga tamat darjah enam. Pada 1967, beliau dihantar belajar ke Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Singapura oleh ayahnya untuk mendalami ilmu agama. Pada 1975, beliau melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dan memperoleh Sarjana Muda Perundangan Syariah pada 1982.
Sekembalinya ke tanah air, beliau berkhidmat sebagai guru sandaran di Sekolah Agama Pulau Tawar, Jerantut. Dalam masa yang sama, beliau mengambil Diploma Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau turut mengambil pengajian separuh masa dalam Diploma Kehakiman di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 1992. Beliau berjaya menamatkan pengajian Sarjana Kaunseling di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 2000.
Kadi dan mufti di Pahang
Abdul Rahman pernah menjawat sebagai Kadi Daerah di tiga daerah dalam Pahang iaitu Kadi Cameron Highlands (1988-1990), Kadi Temerloh (1990-1994) dan Kadi Kuantan (1994-2001). Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Mufti Pahang pada 2001 sebelum menjawat jawatan Mufti Pahang pada 2008[1].