Tan SriDatukTengku Abdul Hamid bin Tengku Jumat (Jawi: تڠكو عبدالحميد جومتcode: ms is deprecated ; 12 April 1917 – 16 April 1978) ialah seorang ahli politik dan diplomat Singapura yang berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri Singapura pada 1956 hingga 1959. Beliau terkenal sebagai "menteri pertama Singapura bagi etnik Melayu", serta "Duta pertama Singapura ke Jerman". Sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri, beliau berkhidmat sebagai Menteri Kerajaan Tempatan, Tanah dan Perumahan, serta Menteri Perhubungan dan Kerja Raya. Beliau juga merupakan pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di Singapura.
Kehidupan awal dan peribadi
Abdul Hamid dilahirkan pada 12 April 1916[1] di Singapura[2]. Bapanya ialah Haji Tengku Mohd Mashoordin Jumat (Inspektor Polis dan Jurubahasa Mahkamah), dan ibunya ialah Aishah Hannan. Beliau menuntut di Institusi Raffles.[1]
Abdul Hamid mempunyai tujuh orang anak. Anak bongsunya, Tengku Putra Haron Jumat (lahir 1963), ialah seorang ahli politik Malaysia yang menganggotai Barisan Nasional.[3] Semasa karier politiknya, Abdul Hamid berkenalan dengan Lee Kuan Yew, walaupun mereka tidak berada dalam parti politik yang sama.[3]
Kerjaya
Abdul Hamid pada awalnya bermula sebagai pengeksport kulit dengan syarikatnya sendiri sehingga sekitar 1955, apabila beliau mengasaskan bahagian Singapura bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).[1] Abdul Hamid adalah ahli parti politik Barisan Buruh.[4] Berikutan pelantikan David Marshall sebagai Ketua Menteri pada tahun 1955, Abdul Hamid telah diberi peranan sebagai Menteri Kerajaan Tempatan, Tanah dan Perumahan, menjadikannya menteri pertama sedemikian;[1] beliau pada mulanya berperanan sebagai Menteri Perhubungan dan Kerja Raya.[5] Disebut sebagai "menteri Melayu pertama Singapura",[3] beliau memegang jawatan itu sehingga Jun 1959; Abdul Hamid kemudiannya menjadi "duta pertama Singapura ke Jerman".[1] Dia juga duta ke negara lain, seperti Mesir, Belanda, dan Filipina.[3] Selain itu, Abdul Hamid berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri Singapura dari 1956 hingga 1959.[6] Abdul Hamid telah dikurniakan Panglima Mangku Negara dengan gelaran Dato'.[7]
Penglibatan dalam pilihan raya
Keputusan pilihan raya yang ditandingi Abdul Hamid Jumat
Pada tahun 1973, Tengku Abdul Hamid kembali ke Malaysia, di mana beliau tinggal sebahagian besar kehidupan kemudiannya sebagai duta ke pelbagai negara. Dia meninggal dunia kira-kira lima tahun kemudian pada tahun 1978.[3]