A Star Is Born ialah filem drama muzikal romantik Amerika Syarikat 2018 arahan Bradley Cooper dan terbitan bersama oleh Cooper, Todd Phillips, Bill Gerber, Jon Peters dan Lynette Howell Taylor. Skrip filem ini ditulis oleh Eric Roth, Cooper dan Will Fetters berdasarkan filem 1937 dengan tajuk sama karya William A. Wellman, Robert Carson, Dorothy Parker dan Alan Campbell. Filem ini dibintangi oleh Cooper, Lady Gaga, Andrew Dice Clay, Dave Chappelle dan Sam Elliott.
Filem ini ditayangkan secara perdana di Festival Filem Venice pada 31 Ogos 2018[4][5] dan dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 5 Oktober 2018.[6] Filem ini menerima ulasan positif dari pengkritik.
A Star Is Born menerima ulasan positif dari pengkritik. Berdasarkan Rotten Tomatoes, filem ini memiliki penarafan 89%, berdasarkan 485 ulasan, dengan penarafan rata-rata 8,04/10.[7] Berdasarkan Metacritic, filem ini mendapat markah 88 dari 100, berdasarkan 60 kritik, menunjukkan "pengakuan universal".[8] Berdasarkan CinemaScore, filem ini mendapat nilai "A" dari penonton filem untuk skala A+ hingga F.[9]
Filem ini meraih kutipan $215.288.866 di Amerika Utara dan $218.900.000 di negara lain. Jumlah pendapatan yang dihasilkan oleh filem ini mencapai $434.188.866, melebihi anggaran penerbitan filem $36 juta.[3]
Pada pembukaan akhir tayangan, filem ini mendapat $42.908.051, menduduki tempat kedua di pecah panggung di belakang filem Venom.[3]