{{Laman diterjemahkan|tr|İsmet İnönü}}
{{Laman diterjemahkan|ar|عصمت إينونو}}
Mustafa İsmet İnönü (sebutan Turki: [isˈmet ˈinœny]; 24 September 1884 – 25 December 1973) merupakan seorang jeneral tentera[1] dari Turki yang berkhidmat sebagai Presiden negara tersebut kedua dari 10 November 1938 sehingga 27 Mei 1950.
İsmet İnönü lahir di İzmir, Vilayet Aidin; ayahnya Hacı Reşit merupakan seorang pegawai dalam Kementerian Perang Kerajaan Uthmaniyah[2] berbangsa Kurdi manakala ibunya Cevriye berbangsa Turki.[3][4][5][6][7]
Beliau lulus Sekolah Kejuruteraan Tentera Imperial (Mühendishane-i Berrî-i Hümâyûn) dengan pangkat pegawai senjata pada tahun 1903 serta ditugaskan dalam Tentera Uthmaniyah. Beliau turut menyertai Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan, suatu badan rahsia yang memperjuangkan pembaharuan cermatan atau dasar pemerintahan kerajaan Uthmaniyah.
Setelah tamatnya Perang Dunia Pertama, İsmet ke Constantinople (kini Istanbul) di mana beliau diberikan tugasan sebagai Naib Setiausaha Kementerian Perang dan Setiausaha Pencatitian Majlis Tentera Uthmaniyah.
Constantinople dikepung oleh pihak British pada 16 Mac 1920 serta disusuli beberapa tindakan yang melemahkan kerajaan Uthmaniyah sehingga Sultan Uthmaniyah dijadikan seakan pemerintah boneka British. Atas rasa tidak senang inilah İsmet memutuskan berpaling tadah menyertai gerakan nasional Turki di Anatolia.
Setelah Perang Kemerdekaan dimenangi pihak Republik, İsmet dilantik sebagai ketua perunding delegasi Turki dalam urusan antara mereka dan pihak-pihak Barat; salah satunya Perjanjian Lausanne 1922 di mana syarat baru digubal bertujuan untuk menggantikan kandungan termaktub dalam Perjanjian Sèvres - Inönü mengukuhkan pendirian Republik Turki dengan sangat tegasnya bagi pihak Repuyblik sehingga sengaja tidak mahu mendengar bicara berkaitan kerajaan Uthmaniyah oleh pihak-pihak asing.[8]
Ismet dilantik sebagai Perdana Menteri Republik Turki oleh Mustafa Kemal Atatürk untuk mengetuai pemerintahan ekapartinya di bawah Parti Rakyat Republik. Beliau banyak me
Beliau mengambil alih jawatan Presiden Republik berikutan kematian Atatürk pada 10 November 1938.[9] Pada tempoh ini, beliau membuka keterlibatan politik yang lebih meluas melalui pengenalan sistem berbilang parti.
Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung pada 25 Disember 1973 ketika berusia 89 tahun. Jenazahnya dikebumikan di sebuah tapak berdekatan makam Atatürk di Anıtkabir, Ankara.
Demek İsmet Kürttür. Hem de koyu Kürt! Biz bu heyetin başından Abaza diye Rauf’u attırdık. Türk diye bir halis Kürt getirmişiz, vah yazık!