Ōfunato (大船渡市code: ja is deprecated , Ōfunato-shi) ialah sebuah bandaraya pantai yang terletak di Wilayah Iwate, Jepun. Ia ditubuhkan pada 1 April 1952. Pada 15 November 2001, bandar Sanriku dari Daerah Kesen digabungkan dengan Ōfunato.
Sejarah tsunami
Ōfunato terletak amat dekat dengan sebuah gunung berapi dasar laut, dan sering mengalami gempa bumi.
Gempa bumi Meiji-Sanriku 1896 menimbulkan tsunami setinggi 25 meter yang membunuh 27,000 orangf di Sanriku. Gempa bumi Sanriku 1933 mencatat magnitud 8.4 dan menyebabkan tsunami berukuran 28 meter yang meragut 1,522 nyawa.
Ōfunato menarik perhatian antarabangsa setelah dilanda oleh tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi Valdivia di Chile pada 22 Mei 1960.
Ōfunato sekali lagi menjadi tajuk utama berita setelah dibinasakan oleh bencana gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011.[1] Ombaknya dianggarkan mencapai ketinggian 23.6 meter,[2] dituangkan oleh teluk yang sempit ke pedalaman sejauh 3 kilometer.[3] Kira-kira 3,498 daripada 15,138 rumah di bandar itu musnah dan 305 nyawa disahkan terkorban dalam bencana itu.[4][5]