Datuk Zawawi Othman ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Semerak selama sepenggal (2013-2018). Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). Di peringkat parti, beliau ialah Ketua Penerangan UMNO Kelantan dan Ketua Bahagian Pasir Puteh.
Kerjaya
Politik
Kontroversi
Cikgu Awie mendapat kritikal apabila beliau pergi berkempen atau memberi ceramah kepada pelajar tingkatan 6 dimana akta pengundi sekarang diluluskan bagi yang berumur 18 tahun berhak mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa.[1] Dalam ceramah tersebut, beliau kerap menyebut hok tu (dia itu) merujuk kepada parti lawannya iaitu Nik Muhammad Zawawi Salleh dari PAS. Beliau juga menghantar text mesej dalam aplikasi WhatsApp kepada seluruh pelajar tingkatan 6 SMK Bukit Jawa supaya warga pelajar sekolah tersebut mengundi beliau dalam pilihan raya umum ke-15. Apabila Pusat PAS cawangan Pasir Puteh mengkritik Zawawi Othman, beliau pula mendakwa bahawa Zawawi Salleh juga memberi ceramah kepada pelajar tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut. PAS cawangan Pasir Puteh berkata Zawawi Salleh mendapat undangan merasmikan PiBG di sekolah tersebut dan ianya tiada kaitan dengan politik.
Beliau mendakwa Perikatan Nasional memberikan rasuah kepada rakyat negeri tersebut supaya mengundi PAS dengan dakwaan sebuah video tular di media sosial, dimana pengundi muda melafazkan "saya undi PAS" dan mendapat sejumlah wang sebanyak RM350[2]. Ketua PAS Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata:
"PAS tak pernah mengarahkan bersumpah atas nama Allah, PAS hanya membantu pengundi yang balik dari jauh bersusah-payah untuk menunaikan tanggungjawab mengundi.
"Kita (PAS) tidak pernah tanya pun undi parti apa, hanya kita tanya dari mana dia balik ke Kelantan"[3]
Hasil siasatan mendapati video tular tersebut adalah berasal dari Marang, Terengganu dan bukan berasal dari Pasir Puteh, Kelantan ataupun kawasan lain di negeri Kelantan. Perkara ini membuktikan bahawa PAS Kelantan tidak pernah merasuah untuk meraih undi.[4]
Keputusan Pilihan Raya
Anugerah
Rujukan