World Soccer: Winning Eleven

World Soccer: Winning Eleven
Fail:Cover image of the PlayStation game "Goal Storm" PAL version, 1996.jpg
PembangunKonami Computer Entertainment Tokyo
PenerbitKonami
SiriWinning Eleven
PlatformPlayStation
Pelepasan
22 Disember 1995
    • NA: 22 Disember 1995
    • EU: 15 Januari 1996
    • JP: 15 Mac 1996
GenreSukan
ModPemain tunggal, multipemain

World Soccer: Winning Eleven, dikenali sebagai Goal Storm di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico ialah permainan video sukan bola sepak yang dibangunkan oleh Konami Computer Entertainment Tokyo dan diterbitkan oleh Konami. Ia diterbitkan pada akhir 1995 di Amerika Utara dan pada awal 1996 di negara lain untuk PlayStation. Ia adalah ansuran pertama daripada francais Winning Eleven, yang kemudiannya dikenali sebagai Pro Evolution Soccer dan eFootball di peringkat antarabangsa. Dari gaya permainan, pemain akan bermain di padang 3D poligonal dengan memilih satu daripada tiga puluh enam pasukan kebangsaan melalui dua moda permainan berbeza, yang mana kedua-duanya mensimulasikan perlawanan bola sepak persatuan dan/atau kejohanan.

World Soccer: Winning Eleven ialah salah satu tajuk paling laris PlayStation generasi awal sepanjang masa. Versi Sega Saturn juga diumumkan, tetapi Konami batal menerbitkannya untuk platform permainan itu. Sekuel yang bertajuk sebagai World Soccer: Winning Eleven '97 di Jepun dan Goal Storm '97 di Amerika Utara, telah dikeluarkan pada tahun 1997 untuk PlayStation.

Gaya permainan

Moda cabaran permainan yang ada di tajuk ini kalah: Hyper Cup Mode, Exhibition Mode, Key Configuration dan Options; sebelum perlawanan bermula, pemain boleh merubah kesulitan atau keadaan padang misalnya jika ingin bermain semasa hujan deras. Permainan mempunyai 26 Pasukan Kebangsaan. Tajuk ini sangat disukai dalam pasaran pemain kerana memakai grafik permainan 3D. Hampir semua permainan video bola sepak yang dikeluarkan memakai grafik 2D pada tahun sebelumnya.[1]

Pasukan kebangsaan

Rujukan

  1. ^ "Box Score: Goal Storm". Electronic Gaming Monthly. No. 80. Ziff Davis. March 1996. m/s. 118.

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!