Kesihatan, perkhidmatan korporat, kewangan, cukai, perakaunan, perisian undang-undang dan peraturan, perkhidmatan, peralatan aliran kerja, dan terbitan
Wolters Kluwer N.V. ialah sebuah syarikat perkhidmatan maklumat Belanda.[3][4] Syarikat ini menyediakan perkhidmatan untuk pasaran undang-undang, perniagaan, cukai, perakaunan, kewangan, audit, risiko, pematuhan, dan penjagaan kesihatan.[3]
Wolters Kluwer dalam bentuk semasanya diasaskan pada tahun 1987 dengan penggabungan antara Kluwer Publishers dengan Wolters Samsom.[5][6] Syarikat ini beroperasi di lebih daripada 150 buah negara.[3] Syarikat ini beribu pejabat di Alphen aan den Rijn, Belada (global) dan di Philadelphia, Amerika Syarikat (korporat).[7][8]
Mary H. Munroe (2004). "Wolters Kluwer Timeline". The Academic Publishing Industry: A Story of Merger and Acquisition (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Oktober 2014 – melalui Universiti Illinois Utara.