Wanna One membuat persembahan di Dream Concert 2017 Atas: Min-hyun, Seong-wu, Kuan-lin, Jin-young, Daniel, Ji-sung Bawah: Jae-hwan, Dae-hwi, Ji-hoon, Woo-jin, Sung-woon (Dari kiri ke Kanan)
Wanna One (Hangul: 워너원code: ko is deprecated ) adalah kumpulan lelaki Korea Selatan yang dibentuk oleh CJ E&M melalui rancangan realiti pada tahun 2017. Produce 101 Season 2 yang disiarkan menerusi saluran televisyen Mnet.[1] Kumpulan ini terdiri daripada sebelas orang ahli: Kang Daniel, Park Ji-hoon, Lee Dae-hwi, Kim Jae-hwan, Ong Seong-wu, Park Woo-jin, Lai Kuan-lin, Yoon Ji-sung, Hwang Min-Hyun, Bae Jin-young dan Ha Sung-woon. Kumpulan ini memulakan debut pada 7 Ogos 2017 di bawah Swing Entertainment dan CJ E&M. Kontrak mereka berakhir pada 31 Disember 2018, tetapi aktiviti akhir mereka sebagai satu kumpulan telah diadakan pada konsert terakhir mereka iaitu Wanna One Therefore Concert pada 24-27 Januari 2019
Wanna One dibentuk menerusi pertandingan Produce 101 Season 2 yang disiarkan di Mnet dari 7 April hingga 16 Jun 2017. Dari 101 peserta pelatih yang mewakili pelbagai agensi, 11 orang dipilih oleh penonton melalui undian dan diumumkan menerusi secara langsung di televisyen.[2]
Sebelum muncul di program ini, beberapa ahli telah aktif dalam industri hiburan. Park Ji-hoon adalah seorang pelakon kanak-kanak dan telah muncul dalam Drama Korea seperti Kimchi Cheese Smile dan The King and I.[3] Dia juga pernah muncul dalam beberapa acara realiti bersama Big Bang dan SS501.[4] Pada tahun 2012, Hwang Min-hyun memulakan debut sebagai ahli kumpulan NU'EST. Kim Jae-hwan mula muncul di Korea Got Talent Season 2 tetapi telah tersingkir semasa separuh akhir. Pada tahun 2014, Ha Sung-woon memulakan debut dalam kumpulan Hotshot.
2017: Debut dengan 1X1=1 (To Be One) dan 1-1=0 (Nothing Without You)
Wanna One menandatangani kontrak dengan YMC Entertainment (yang sebelum ini berjaya dimenangi oleh kumpulan musim pertama,
I.O.I).[5] Tidak seperti I.O.I, ahli Wanna One tidak dibenarkan menyertai aktiviti lain dengan agensi asal mereka.[6]
Wanna One mengambil bahagian dalam konsert akhir pada 1 dan 2 Julai 2017 di Olympic Hall, Seoul untuk menandakan berakhirnya Produce 101 Season 2 .[7][6] Wanna One secara rasminya debut dalam acara bertajuk Wanna One Premier Show-Con di Gocheok Sky Dome pada 7 Ogos 2017.[5][8] Mereka mengeluarkan album mini pertam mereka 1×1=1 (To Be One) pada 8 Ogos 2017, dengan single "Energetic" yang dihasilkan oleh Hui dari Pentagon dan FlowBlow , dan lirik ditulis oleh Hui dan Wooseok dari Pentagon.[9][10][11] Dua video muzik dikeluarkan untuk debut mereka, untuk "Energetic" dan "Burn It Up".[12]
Pada 13 November, Wanna One mengeluarkan versi semula album mini pertama mereka, 1-1=0 (Nothing Without You, dengan single utama "Beautiful".[13] Dengan gabungan penjualan album pertama dan edisi versi semula, Wanna One menjadi kumpulan Kpop ketiga yang dapat menjual satu juta salinan dari album debut mereka. dan yang pertama sejak Seo Taiji and Boys melakukannya dengan debut mereka eponymous debut pada tahun 1992.[14][15][16]
2018: Golden Age Begins, projek unit dan jelajah dunia
Pada bulan Februari, Wanna One memuat naik satu siri gambar teaser bertajuk 2018 Golden Age Begins.[17] Pada 5 Mac, Wanna One mengeluarkan lagu istimewa, "I Promise You (I.P.U.)" bersama-sama dengan video muzik lagu tersebut.[18] Telah diumumkan bahawa pra-tempah untuk album mini kedua mereka, 0+1=1 (I Promise You) telah melebihi 700,000 salinan, memecahkan rekod sebelumnya.[19] Album tersebut dikeluarkan pada 19 Mac, bersama dengan single utama "Boomerang".[20]
Pada bulan April, Wanna One mengumumkan bahawa ahli akan dibahagikan kepada beberapa unit dan bekerjasama dengan artis lain seperti Dynamic Duo, Zico, Nell dan Heize untuk album istimewa mereka yang akan datang.[21] Album itu kemudiannya didedahkan dan diberi nama 1÷x=1 (Undivided), yang dikeluarkan pada 4 Jun bersama dengan single utama "Light".[22][23]
Kumpulan ini juga mengumumkan jelajah dunia pertama mereka, bertajuk "One: The World", yang bermula pada 1 Jun dan akan mengunjungi 13 bandar-bandar yang berbeza di seluruh dunia.[24][25]
Kontrak Wanna One dengan YMC Entertainment berakhir pada 31 Mei. Bermula dari 1 Jun, Wanna One akan diuruskan oleh Swing Entertainment, sebuah agensi baru yang ditubuhkan khusus untuk mereka. Susunan baru ini akan terus mengekalkan perkongsian dengan YMC.[26][27][28]
Pada 30 Oktober 2018, Wanna One telah mengeluarkan teaser video dan juga mendedahkan tajuk album studio pertama mereka 1¹¹=1 (Power of Destiny)'. Album ini dikeluarkan pada 19 November, bersama dengan single utama "Spring Breeze".[29]
2019: Konsert akhir dan dibubarkan
Pada 18 Disember 2018, Swing Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa kontrak kumpulan ini akan berakhir pada tarikh asalnya yang dirancang pada 31 Disember 2018.[30] Swing juga menyatakan bahawa semua agensi telah mencapai persetujuan yang akan membolehkan ahli-ahli untuk menghadiri pertunjukan dan majlis penyampaian akhir sepanjang bulan Januari 2019.[30] Kumpulan ini akan mengadakan aktiviti dengan konsert akhir (bertajuk Therefore 2019).[30] Konsert ini diadakan di Gocheok Sky Dome di Seoul, di mana tempat Kumpulan ini mengadakan showcase debut mereka.
2021–2022: Perjumpaan semula
Pada 15 November 2021, telah disahkan bahawa kumpulan itu (kecuali Lai Kuan-lin) akan membuat persembahan di pentas perjumpaan semula di Mnet Asian Music Awards 2021 pada 11 Disember 2021.[31] Dilaporkan juga bahawa CJ E&M, bersama dengan agensi semasa ahli, sedang berbincang untuk kumpulan ini mengadakan konsert dan album pada masa hadapan.[32] Walau bagaimanapun, Pledis Entertainment mengumumkan bahawa Min-hyun hanya membuat persembahan bersama kumpulan ini pada pentas perjumpaan Mnet Asian Music Awards 2021 dan akan kembali ke NU'EST dan projek solonya selepas itu.[33] Ong Seong-wu juga hanya dijadualkan untuk membuat persembahan di pentas perjumpaan semula dan tidak akan menyertai aktiviti berikutnya, memetik penggambaran berturut-turut bagi drama bersirinya yang sedang berjalan dan dua buah filem yang dia disahkan akan membintanginya.[33] Kumpulan ini mempersembahkan "Energetic", "Burn It Up" dan lagu baharu "Beautiful (Part 3) telah dikeluarkan pada 27 Januari 2022, sebagai tajuk album B-Side.[34] Swing Entertainment turut melancarkan saluran YouTube kumpulan untuk tujuan arkib.
Selepas Pembubaran
Beberapa ahli Wanna One meneruskan aktiviti untuk agensi masing-masing:
Ha Sung-woon memulakan debut sebagai penyanyi solo dengan album mink pertamanya, My Moment, pada 28 Februari 2019.[35]
Hwang Min-hyun kembali kepada NU'EST setelah pembubaran Wanna One dan bergabung semula dengan promosi kumpulan untuk album mini keenam mereka, Happily Ever After yang dikeluarkan pada 29 April 2019.[36]
Ong Seong-wu membintangi drama JTBCAt Eighteen, yang berlangsung dari bulan Julai hingga September 2019.[37] Dia memulakan kerjaya sebagai penyanyi solo pada 25 Mac 2020 dengan album mini pertamanya Gravity.[38]
Park Ji-hoon memulakan debut sebagai penyanyi solo dengan album mini pertamanya O'Clock pada 26 Mac 2019[39] dan juga berlakon pada bulan yang sama dalam drama bersejarah JTBCFlower Crew: Joseon Marriage Agency, yang ditayangkan dari bulan September hingga November 2019.[40]
Park Woo-jin dan Lee Dae-hwi mengeluarkan single, "Candle," pada bulan Januari 2019.[41] Kedua-duanya Woojin dan Daehwi (bersama rakan pelatih Brand New Lim Young-min dan Kim Dong-hyun) melakukan debut sebagai ahli kumpulan lelaki baru Brand New Music, AB6IX dengan album mini pertama mereka mereka B Complete pada 22 Mei.[42]
Bae Jin-young mengeluarkan album single pertamanya, Hard to Say Goodbye pada 26 April 2019.[43] Dia kemudian memulakan kerjayanya sebagai ahli kumpulan lelaki baru C9 Entertainment, CIX dengan album mini pertama mereka Hello Chapter 1: Hello, Stranger yang dikeluarkan pada 23 Julai.[44]
Lai Kuan-lin berlakon sebagai watak utama drama Cina 'A Little Thing Called First Love, yang ditayangankan dari bulan Oktober hingga November 2019.[45] Dia juga merupakan sebahagian daripada duo, Wooseok x Kuanlin, bersama dengan Wooseok dari Pentagon, dan mengeluarkan album mini pertama mereka 9801 pada 11 Mac 2019. [46] Kuanlin meminta penamatan kontraknya dengan Cube Entertainment pada bulan Julai 2019,[47] tetapi permintaannya ditolak pada bulan November 2019.[48]
Kim Jae-hwan menandatangani kontrak dengan Swing Entertainment, label Wanna One, dan memulai debut sebagai penyanyi solo dengan album mini pertamanya Another pada 20 Mei 2019.[49]
Kang Daniel pada mulanya menandatangani kontrak dengan LM Entertainment pada Januari 2019,[50] sebelum mengemukakan permohonan untuk menangguhkan kontraknya dengan LM, yang diberikan kepadanya pada 10 Mei.[51][52] Dia menubuhkan agensi sendiri, Konnect Entertainment, untuk aktiviti solonya,[53] dan mengeluarkan album mini pertamanya Color on Me pada 25 Julai.[54]
Ahli
Yoon Ji-sung (Hangul: 윤지성code: ko is deprecated ) (MMO Ent. ->LM Ent.) - Ketua[55]
Ha Sung-woon (하성운code: ko is deprecated ) (Ardor and Able)
Hwang Min-hyun (황민현code: ko is deprecated ) (Pledis Ent.)
Ong Seong-wu (옹성우code: ko is deprecated ) (Fantagio)
Kim Jae-hwan (김재환code: ko is deprecated ) (Pelatih Individu ->Swing Ent.)
Kang Daniel (강다니엘code: ko is deprecated ) (MMO Ent. ->Konnect Ent.) - Center
Park Ji-hoon (박지훈code: ko is deprecated ) (Maroo Ent.)
Park Woo-jin (박우진code: ko is deprecated ) (Brand New Music)
Bae Jin-young (배진영code: ko is deprecated ) (C9 Ent.)
Lee Dae-hwi (이대휘code: ko is deprecated ) (Brand New Music)
Lai Kuan-lin (라이관린code: ko is deprecated ) (Cube Ent.)[56]
^Maliangkay, Roald (2014-01-21). "The Korean Popular Culture Reader". Duke University Press (dalam bahasa Inggeris): 296–313. doi:10.1215/9780822377566-018. ISBN9780822377566. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-07. Dicapai pada 2018-11-13. The band's debut album, 'SeoTaiji and Boys', was released on March 23, 1992. (…) More than 1.5 million copies of the debut album were sold within a month from the date of its release…
^"큐브 측 "라이관린, 사유 없이 전속계약 해지 통보..법적 대응할 것" [공식]" [Cube's side, "Lai Guanlin notifies for termination of contract without grounds"]. Naver (dalam bahasa Korea). July 20, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada February 20, 2020. Dicapai pada April 7, 2020.
^"라이관린, 가처분 신청 기각…큐브 측 "법원 결정 환영, 계약 유지" [전문]" [Lai Guanlin's request for contract termination dismissed, Cube says, "We welcome the court's decision"]. Naver (dalam bahasa Korea). November 21, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada June 23, 2020. Dicapai pada April 7, 2020.
^Myung, Hyun-suk (July 6, 2017). "워너원, 첫 리얼리티로 돌아온다...8월 첫방송". The Hankook Ilbo (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada January 9, 2018. Dicapai pada July 6, 2017.