Curtin University of Technology merupakan universiti terbesar di negeri Australia Barat[2] dengan lebih 39,000 orang penuntut, yang mana lebih 9,000 daripada mereka menuntut di luar negara.[3] Terdapat lima bahagian utama di Curtin, iaitu Perniagaan (Business); Kejuruteraan, Sains dan Pengkomputeran (Engineering, Science and Computing); Sains Kesihatan (Health Sciences); Kemanusiaan (Humanities); dan Sumber dan Alam Sekitar (Resources and Environment). Sungguhpun tidak dianggap sebagai salah sebuah universiti kajian yang utama di Australia, Curtin makin meningkat reputasinya dengan kejayaan menjalankan kajian dalam bahagian akademik tertentu.[4]Diarkibkan 2008-04-21 di Wayback Machine
Curtin merupakan salah sebuah institusi pendidikan dari Australia yang mempunyai kampus di kota Miri, negeri Sarawak, Malaysia.
Sejarah
Sebelum 1985, Curtin University telah digelar sebagai Western Australian Institute of Technology (WAIT). WAIT ditubuhkan pada 1966. Nukleusnya terdiri dari aturcara-aturcara tertiari dijalankan di Perth Technical College yang dibuka pada 1900. Pada 1969, tiga lagi institusi digabung dengan WAIT: The Western Australian School of Mines (erdahulunya dibuka pada 1902), the Muresk Agricultural College (dibuka sejak 1926) dan sekolah-sekolah fisioterapi dan terapi pekerjaan dalam perasi sejak 1950an di Shenton Park.[1]
Pada Jun 2005, Curtin University of Technology dan Murdoch University terlibat dalam sebuah kajian feasibility pada kemungkinan suatu pegabungan.[2] Meskipun, pada 7 November2005, kedua-dua institusi mengisukan sebuah pengeluaran massa bahawa sebarang pegabungan tidak akan mengambil tempat.[3]
Rujukan
^Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama history