Ular tedung India (Naja naja) atau juga dikenali sebagai ular tedung Asia merupakan spesies ular daripada genus Naja dan boleh dijumpai di India. Ular jenis adalah salah satu daripada empat jenis ular yang menyebabkan banyak berlaku patukan ular di India.[2] Tedung India mempunyai kedudukan yang dihormati dalam budaya dan mitologi India serta sering dilihat bersama penjinak ular. Kini, ular ini dilindungi oleh Akta Perlindungan Hidupan Liar (1972).
Rujukan
- ^ Naja naja. Itis.gov. Diambil pada 3 Januari 3 Januari 2013.
- ^ Whitaker, Romulus (2004). Snakes of India: The Field Guide. Chennai, India: Draco Books. ISBN 81-901873-0-9.
Pautan luar