Tukang masak ialah profesion untuk individu yang menyediakan makanan untuk penggunaan dalam industri makanan di persekitaran seperti restoran. Seorang tukang masak kadangkala dirujuk sebagai cef, walaupun dalam dunia masak-memasak, istilah ini tidak boleh ditukar ganti. Tanggungjawab tukang masak termasuk menyediakan makanan, mengurus stesen makanan, membersih dapur, dan membantu cef.[1] Restoran akan memberi gelaran kepada tukang masak berdasarkan stesen mereka yang ditetapkan.[2] Contohnya tukang masak pemanggang, tukang masak goreng, tukang masak pantri, dan tukang masak sos.