Tukang Bubur Naik Haji ialah sebuah sinetron Indonesia yang disiarkan di RCTI dari 28 Mei 2012 hingga 7 Februari 2017.[1] Sinetron ini dibintangi oleh Mat Solar, Uci Bing Slamet, Nani Wijaya, Citra Kirana, Andi Arsyil Rahman, dan Latief Sitepu sebagai pelakon utama. Namun Mat Solar sebagai pelakon utama yang memegang watak tajuk memutuskan untuk menarik diri kerana keadaan kesihatannya yang tidak membenarkan beliau untuk menjalani penggambaran[2] dan beliau telah menghabiskan baki 200 episod.[3]
Pada 27 Februari 2013, sinetron ini telah melepasi Anugerah dengan 473 episod dan pada 29 April 2013, ia mengalahkan Islam KTP dengan 558 episod, sehingga Tukang Bubur Naik Haji merupakan sinetron dengan episod terbanyak ke-3 di Indonesia. Pada 25 Jun 2013, sinetron ini mengalahkan Putri yang Ditukar dengan 676 episod, sehingga berjaya menduduki tempat kedua. Pada 28 Disember 2013, ia mengalahkan Cinta Fitri dengan 1002 episod, sehingga Tukang Bubur Naik Haji menempati kedudukan pertama dari senarai sinetron dengan jumlah episod terpanjang. Pada 7 Februari 2017, sinetron ini berakhir sebagai sinetron dengan jumlah episod terbanyak sepanjang sejarah televisyen Indonesia dan selama hampir 4 tahun 8 bulan sejak tayangan perdana pada 28 Mei 2012.[4]
Pelakon
Kontroversi
Sinetron ini telah dikritik oleh Komisi Penyiaran Indonesia dalam tayangan pada 1 Februari 2014 kerana dinilai telah dimanfaatkan untuk kepentingan peribadi pemilik lembaga penyiaran bersangkutan, khususnya oleh pemilik RCTI, Hary Tanoesoedibjo yang pada ketika itu sedang terlibat dalam hubungan politik dengan Wiranto sebagai calon presiden yang telah diisytiharkan oleh parti Hanura.[5]
Rujukan
Pautan luar