Trofi Juara-Juara Asia ACT 2015 merupakan edisi ketiga kejohanan Trofi Juara-Juara Asia ACT yang dianjurkan Kelab Bola Sepak Frenz United (FUFC) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).[1] Pemain yang menyertai kejohanan ini adalah pemain di bawah umur 18 tahun. Format kejohanan ini adalah menggunakan perlawanan timbal balas dimana perlawanan akan dimainkan tempat sendiri dan tempat lawan. Penentuan Tempat ketiga tidak diadakan.
Kejohanan ini akan dimainkan di enam buah negara iatu Jepun, Vietnam, Kemboja, IndiaThailand dan tuan rumah Malaysia. Lapan daripada akademi bola sepak terbaik dari seluruh rantau tersebut akan mengambil bahagian dalam kejohanan ini, ianya disertai oleh satu pasukan dari Thailand, Jepun, India, Kemboja, Vietnam dan tiga pasukan dari Malaysia. Kejohanan ini akan berlangsung pada 05 Ogos hingga 19 November 2015.[2][3][4][5][6][7]
Pasukan yang bertanding
Berikut adalah senarai semua pasukan yang mengambil bahagian;
Badan Penyiaran rasmi bagi kejohanan ini diumumkan bahawa Astro Arena sebagai Penyiar Rasmi Kejohanan bagi membawakan perlawanan-perlawanan ini secara langsung dan tertunda di Malaysia. Manakala empat lagi penyiar tempatan mengikut negara kelab yang menyertai ACT 2015 adalah seperti berikut:[8]